Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya memberi penjelasan kepada seluruh rakyat negeri ini berhubung isu pemukiman barisan Exconya ke Bangkok baru-baru ini.
Ini, katanya, kerana komen yang diberikan oleh beberapa ahli Exco yang ditemui selepas pulang dari negara gajah putih itu berbeza-beza, sekaligus menimbulkan keraguan mengenai tujuan utama mesyuarat Exco diadakan di luar bangunan SUK.
"Ia kena tanya pada beliau. Pada saya menunjukkan ia sebuah kerajaan negeri yang tak sempurna dah, sebab ada percanggahan di antara satu sama lain.
"Beliau bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada rakyat negeri Selangor. Sebab ia adalah kepentingan rakyat, walau apa pun pembangunan di Shah Alam dan Selangor pun, beliau (Khalid) bertanggungjawab untuk beri penjelasan yang sebenarnya apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini, Menteri Besar memberitahu media pemukiman kerajaan negeri di Bangkok telah berjaya menarik pelaburan dari sebuah syarikat pemaju hartanah runcit Thailand, Central Pattana.
Kumpulan Central Pattana, yang mengurus dan memiliki 21 pusat beli-belah premium dikatakan bakal melabur RM500 juta untuk membina pusat membeli-belah Central Plaza i-City, di i-City, Shah Alam.
Bagaimanapun, kenyataan daripada I-City Berhad pada 2012 mengesahkan menerima pelaburan syarikat berkenaan, malah projek membangunkan pusat membeli-belah berkenaan sedang dijalankan.
Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Sallehin Mukhyi pula berkata pemukiman itu bagi melihat secara dekat latar belakang operasi syarikat yang ingin melabur di Selangor.
Sementara Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi memberi alasan mesyuarat itu terpaksa dibuat di sana untuk mengelakkan gangguan dan tidaka mahu ahli Exco ponteng.
Atas sebab itulah, kata Abu Hassan, Khalid perlu tampil memberikan penjelasan dengan sebaiknya kerana ia membabitkan hak rakyat dan dana negeri itu.
"Maknanya mereka tak teliti dalam menjalankan tugas sebab apa juga yang dibuat ada percanggahan pendapat di antara Exconya. Begitu juga dengan MB, dahulu i-City kata dah masuk pelaburan RM500 juta itu tetapi ini MB pula baru cakap. Jadi mana yang betul? Rakyat Selangor nak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.