Rabu, September 25, 2013


Hari ini, senarai nama penuh mereka yang bertanding akan diumumkan secara rasmi. Bermakna, selepas ini kita tau la siapa yang bertanding dan siapa yang tarik diri.

Tapi, apa yang pasti, dikalangan mereka yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden, rasanya tak de yang berubah. 3 yang menyandang tetap juga akan bertanding.

Salah satu nama yang mendapat perhatian ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia.

Nama Datuk Seri Hisham mendapat tempat kerana dia jugak mempunyai 'Bin' yang unik. Dia merupakan anak kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Malah, Datuk Seri Hisham juga turut membawa nama Allahyarham Datuknya yang juga pengasas UMNO. Tanpa Datuk On Jaafar, UMNO ni takkan wujud.

Berdasarkan jasa keluarga Datuk Seri Hisham tu yang membuatkan dia mendapat tempat dan menjadi sebutan dikalangan ahli diperingkat akar umbi.

Sebelum ini, SH dan beberapa rakan yang lain ada buat kaji selidik dan 'ground work' berkaitan dengan pencalonan Datuk Seri Hisham.

Persoalannya mudah. Adakah mampu Datuk Seri Hisham mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini?

Mendengar nama Datuk Seri Hisham je orang dah mula mencebik mulut. Mula orang melontarkan pandangan yang negatif terhadap dia.

Memang diakui bahawa Datuk Seri Hisham mula tenggelam dikalangan masyarakat Malaysia apabila banyak tindakan yang dilakukannya memburukkan keadaan.

Yang paling banyak orang perkatakan ialah mengenai tindakannya memansuhkan ISA dan Akta Darurat. Itu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat.

Perkara tersebut dilakukan sewaktu Datuk Seri Hisham memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri sebelum ini. Ianya banyak mengundang pandangan serong terhadapnya.

Namun, hakikatnya itu bukan keputusan Datuk Seri Hisham sendiri. Sebaliknya, cadangan tersebut datang dari kakitangan yang berada dibawahnya.

Tak wajar sekiranya kita salahkan Datuk Seri Hisham dalam hal tersebut. Tetapi sentimen tersebut sudah pun berlegar. Persepsi berkaitan dengan isu itu sudah diperkatakan.

Maka, seandainya Datuk Seri Hisham mahu mengekalkan kedudukan dia sebagai seorang pemimpin dikalangan orang UMNO, perkara itu yang perlu diselesaikan dulu.

Jentera Datuk Seri Hisham perlu mengubah persepsi rakyat mengenai isu yang dibangkitkan. Walaupun orang UMNO jenis orang yang mengenang jasa, tetapi perkara kecil seperti ini mampu membawa perubahan. Jadi, sendiri mau ingat la!!!
Categories:

6 ulasan:

  1. Aiikkk ...nak salahkan orang bawah pulak
    Kalau Menteri cakap tak boleh, berani orang bawah buat ?
    Kalau Menteri tak lulus, boleh akta-akta tersebut dimansuhkan ?

    BalasPadam
  2. Assalam Bro

    Kurang setujulah dgn perkataan idea orang bawah?staf KDN... Tapi sebagai ketua tanggungjawab tu besar utk dipikul... Aku tetap salahkan dia sebab sebagai Bos takan tak bole fikir... baik dan buruk kalau semua itu sihapuskan... sekarang rakyat juga yang susah... Serupa juga dengan PM... kalau tindakan yang diambil tak menjadi masih nak salahkan orang bawah dia ke sedangkan sebagai ketua kerajaan dia kena gunakan OTAK anugerah ALLAH swt kpd dia bukan main ikut aje cakap punasihat dia... Itu pasal kalau PM masuk longkang kita rakyat nak ikut sama ke?????..

    BalasPadam
  3. tukaq jee orang ini.....ramai lagi yang berkebolehan !

    BalasPadam
  4. jangan salah faham geng. ni apa yang orang kat kedai kopi cakap. itu yang diorang perkatakan. SH cuma tulis semula apa yang bualkan.

    BalasPadam
  5. Menteri Amaran! jangan main main,lembik dalam menjalankan tugas,hanya layak terajui Jabatan kebajikan msykt

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping