Hehehe... dah macam cerita P. Ramlee pulak dah gayanya. Kan ada satu adegan dalam cerita Madu Tiga tu diorang gunakan skrip kat atas ni? Hehehe... Jangan marah ye.
Siapa sangka beb. SH sendiri pun tak menyangka keadaan ni akan berlaku. Tapi, inilah harga demokrasi yang wujud dalam UMNO pada hari ini.
Siapa sangka beb. SH sendiri pun tak menyangka keadaan ni akan berlaku. Tapi, inilah harga demokrasi yang wujud dalam UMNO pada hari ini.
Jika sebelum ini, hangat orang bercerita kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya akan dilanggar oleh Azalina. Tapi akhirnya Azalina tarik diri.
Mungkin disebabkan kelantangan dia menyuarakan hasrat nak bertanding tu mengakibatkan dia dicabar di Bahagian Pengerang yang selama ini tidak ada pertandingan.
Itu pun salah satu bukti demokrasi yang wujud dalam UMNO. Semua orang boleh bertanding. Tak de siapa pun boleh halang melainkan mereka tak cukup syarat.
Dan demikian juga yang berlaku diperingkat pusat. Kita ingatkan, lepas Azalina tarik diri, tak de dah orang yang berani cabar Kak Ijat. Rupanya ada jugak.
Kita dah dengar dah cerita pasal Kak Ijat bakal dicabar oleh Raihan Suleiman Paletin untuk merebut kerusi Ketua Wanita tu. Kecoh jugak ceritanya dalam media.
Hari ini, kita sekali dikejutkan apabila Datuk Maznah Mazlan, ADUN Muadzam Shah juga turut mendaftarkan diri menjadi calon bagi merebut kerusi tersebut.
Perebutan untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno akan menyaksikan persaingan tiga penjuru pada pemilihan sayap parti Oktober depan.Persaingan itu melibatkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bakal menerima tentangan daripada ahli Umno Kulim-Bandar Bharu, Raihan Sulaiman Palestin dan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.Maznah menyerahkan borang pencalonan kira-kira 20 minit sebelum tempoh penyerahan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.Sementara itu bagi Naib Ketua Wanita, pertandingan jawatan itu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman danKetua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob.
Kiranya, pertandingan bagi jawatan Ketua Wanita ni dah jadi bertambah menarik dan ianya mula menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.
Siapakah yang akan berjaya bergelar Ketua Wanita UMNO Malaysia kelak? Sama - sama la kita tunggu. Pilihan sekarang ditangan perwakilan Wanita Bahagian.
Cuma SH nak jelaskan. Tak mustahil dalam tempoh berkempen ni kita akan dengar macam - macam cerita. Jadi, pandai - pandai la jaga diri masing - masing. Jangan sampai merosakkan parti sudah la!!! Dan yang pentingkan, jangan menyudahkan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.