Sabtu, September 21, 2013


Syabas diucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bentong kerana berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bentong.

Sehingga jam 5 petang tadi, tidak ada satu pun borang pencalonan diterima bagi mengisi jawatan tersebut melainkan Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Pendaftaran hari ini bagi peringkat Pusat menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua - Ketua Sayap. Tak de satu pun yang tak bertanding katanya.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pula, Datuk Seri Najib serta Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diumum menang tanpa bertanding. Tahniah diucapkan.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno apabila diumum menang tanpa bertanding hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli mengumumkan tiada borang pencalonan lain diserahkan selain yang dikemukakan kedua-dua pemimpin itu apabila proses penyerahan borang pencalonan tamat 5 petang ini.

Najib memegang jawatan itu sejak 2009 setelah menang tanpa bertanding ketika itu, manakala Muhyiddin juga memenangi jawatan itu sejak 2009 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Uniknya pada proses pendaftaran calon hari ini, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka.

Muhyiddin merupakan pencadang Najib bagi jawatan Presiden, manakala Najib pula menjadi pencadang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.
Sekarang, padang permainan sudah pun dibuka. Tinggal lagi, masih ada tempoh 72 jam untuk mana - mana calon yang menghantar borang untuk menarik diri.

Jadi, kita tengok la berapa ramai yang akan tarik diri nanti. Ini bukti Transformasi yang dilaung - laungkan dalam UMNO selama hari ini.

Cuma, sekali lagi SH ingatkan kepada semua calon yang dah hantar borang. Bertanding la dengan cara paling berhemah dan jangan merosakkan parti.

Jaga tatatertib masing - masing. Jangan sampai ada yang bermasam muka dan bergaduh sesama sendiri. Kalau belum dapat jawatan pun dah nak bergaduh, alamatnya hancur la UMNO!!! Itu lu orang sendiri mau ingat la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping