Pemilihan UMNO kali ini memang hangat dan tumpuan diberikan kepada pemilihan Ketua - Ketua Sayap masing - masing. Nak pulak bagi sayap Wanita.
Persoalan diatas diajukan kepada SH sebagai salah satu persoalan yang sesuai untuk kita fikirkan bersama. Dan persoalan itu memang wajar kita renungkan.
Isu berkaitan dengan NFC ni mempunyai kaitan rapat dengan pergerakan sayap Wanita sebab Ketua Wanitanya terlibat secara tak lansung. Kena tempias pun boleh basah jugak.
Maka sebab itu pemilihan Ketua Wanita menjadi tumpuan. Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Kak Ijat ditentang oleh Raihan Suleiman Palestin dan Datuk Maznah Mazlan yang turut menghantar borang pencalonan Sabtu lalu di Ibupejabat UMNO.
Mungkin agenda mereka sama iaitu untuk memantapkan lagi sayap terpenting dalam UMNO itu sendiri. Tapi cara perlaksanaannya berbeza. Masing - masing ada cara mereka.
Gerak kerja yang dilakukan mengikut acuan yang mereka sendiri fikirkan sesuai. Jadi, hanya itulah yang mereka hidangkan kepada kita. Namun, persoalan diatas masih perlu jawapan.
Waima bertukar Ketua sekali pun, mampukah Wanita UMNO Malaysia melenyapkan kisah NFC dari pemikiran rakyat dibawah? Boleh ke ianya dilupakan begitu sahaja?
Kita kena ingat. Pemilihan kali ini bukannya macam sebelumnya. Pemilihan kali ini melibatkan orang dicawangan dan akar umbi. Jadi, lain pemainannya.
Bukan SH nak merendahkan cara pemikiran orang dibawah, tapi hakikatnya, sentimen sedemikian tetap ada. Mereka sendiri sesak nak jawap isu NFC ni.
Dan bukan juga niat SH nak mengapi - apikan orang dibawah supaya mempersoalkan mengenai isu ini. Tapi persoalan tu yang perlu kita jawab dulu.
Kita juga kena sedar. Isu NFC tu sedikit sebanyak menimbulkan polemik dikalangan orang bawahan dan menjadi bahan bualan dikedai kopi sampai hari ini.
Ramai yang masih bercerita mengenainya. Nak pulak dengan perkembangan terkini dimana Bekas Setiausaha Politik ditahan pihak SPRM tersebar. Timbul balik persoalan tu.
Orang di cawangan masih bergosip mengenainya. Jadi, adakah mampu tanggapan sedemikian dijawab dan dijelaskan oleh mereka yang berkenaan?
Jangan lupa, perang kita sekarang bukan sahaja perang dalam bentuk fizikal, tapi ianya melibatkan perang mental dimana persepsi memainkan peranan utama.
Itu satu kenyataan yang kita tak dapat nak nafikan. Tambahan pulak, orang UMNO ni lebih pandai buat persepsi membunuh sesama sendiri dari diorang nak buat terhadap Pembangkang!!! Itu lu sendiri mau ingat la!!!
Assalam Bro
BalasPadamMasalah NFC tu berkaitan dengan ketua wanita... Jadi kenalah diganti dahan yang dah rosak tu supaya kisah NFC akan menjadi hak cipta terpelihara yang punya diri dan keluarga... Insyaallah orang tidak akan bercakap lagi kaitannya dengan UMNO jika punca penyakitnya diatasi lebih awal... Tak taulah kalau masih ada lagi yang nak kekalkan orang yang jadi liabiliti kepada UMNO... Jangan esok marah pulak kalau rakyat kata wanita UMNO ni macam lembu... Semua dah dicucuk hidung.... Apa lagi yang nak digantung ke dahan yang reput... kan nanti jatuh tergolek juga akhirnya... yang malu UMNO juga... Lu fikirlah sendiri...
semuanya berkaitan dgn persepsi..selagi mana didepan rakyat muka tu yg dok tayang dpn org..selagi itu la pengurusan persepsi ttg NFC ini kita akan gagal tanggani..permainan politik skang adalah bagaimana kita dapat mengurus persepsi..contohnya pembangkang menggunakan politik persepsi dgn cara kotor dgn menyerang institusi kerajaan bertubi disulam dgn memburukkn UMNO sbg rasis dan memutarbelitkan sejarah negara dengan fakta2 yg telah diolah mengikut kehendak mereka.bkn hanya memilih pemimpin melayu yg baik tetapi dilihat baik...
BalasPadamipohmarley
Bagi org lain la kak jat..semua orang tau kak jat boleh buat kerja dan bagus.tapi bagi la peluang pada org lain pulak..
BalasPadamPenulis SH mungkin nak memaklumkan bahawa tidak ada gunanya menukar Ketua Wanita kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa memang sebati dengan UMNO walaupun siapa yang menggantikannya.
BalasPadamYang bertanding semuanya materialistik - apa yang kita nak harapkan?
kak jat tak sayang agama..bangsa dan tanahair ler tuh....setakat nih xde pun para2 ibuan yg tlg nk jwb isu kak jat...alahaiii
BalasPadam