Isnin, September 16, 2013


Kalau hari tu beria - ia sangat dia nak memperjuangkan Si Chin Peng ni. Dia jugak yang sibuk sangat nak bawak pulang Si Komunis tu balik ke Malaysia.

Cadangan dia tu siap dapat sokong pulak dikalangan puak - puak DAPigs tu. Nasib baik la Si Ketua Penipu tu tak bersuara. Kalau tidak, dia pun masuk hospital jugak.

SH harap Si Karpal Whilchar tu tak masuk hospital pulak bila dia dengar cerita pasal Si Chin Peng ni. Mana la tau ye tak. Si Karpal Whilchar tu pun bukannya muda. Dia pun dah tua bangka jugak!!!
PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Beliau berusia 90 tahun. Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.

Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 21 Oktober 1924 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan beliau hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Clinical studies have shown that placing cigarette tar on the skin of laboratory animals has
    caused skin cancer in at least 60 percent of
    the time. Experimental preparations were randomized to control groups (FI(CO(2)) = 0.
    Sized much like an orange, it has a shell that cannot be eaten and inside are cells
    with seed kernels inside.

    my blog post - marijuana seeds (odisudhb.blog.com)

    BalasPadam
  2. The chances of an Eastern European person inheriting this syndrome is 1 in
    48,000. The environment in which miners are forced to work is not only extremely dangerous but endanger the miners' health leading to a number of fatal diseases, the most commonly known of which is black
    lung (also known as Coal Worker's pneumoconiosis) which is directly caused by
    exposure to coal dust which build up in the lungs of miners working with coal.
    Some stores like Plato's Closet ( accept gently used clothing for cash.



    My blog vaporizers ()

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping