Khamis, September 26, 2013


Mulanya tak faham jugak dengan apa yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agung UMNO ni sebenaranya dalam artikel yang dibuat oleh The Unspinner.

Apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh mereka mengenai Ku Nan ni? Adakah ianya hanya satu bentuk provokasi semata - mata? Atau memang ada kebenarannya?

Betul ke Ku Nan kata PM tak bagi jawatan Naib Presiden di pertandingkan? Adakah itu yang nak disampaikan oleh Ku Nan dalam majlis tersebut?

Kalau macam tu, kenapa tak dimasukkan sahaja kenyataan tersebut dalam buku peraturan pemilihan yang mana salah seorang Naib Presiden tu jadi Pengerusi?

Atau adakah Ku Nan hanya menjual nama PM semata - mata nak dapat sokongan dari perwakilan bagi tiga orang Naib Presiden sedia ada?

Kalau itu la tujuan Ku Nan yang sebenarnya, nampak sangat la taraf dia berpolitik macam budak baru mendaftar dalam UMNO. Belum apa - apa lagi dah jual nama orang lain.

Kalau budak baru masuk UMNO tu yang jual nama orang, rasanya kita boleh terima lagi sebab dia tak faham tentang Politik. Tapi kalau Ku Nan yang buat, parah la.

Perkara ini perlu penjelasan dari Ku Nan sendiri. Dia perlu jelaskan semula tentang apa yang diperkatakan dalam blog The Unspinner ni. Kalau tidak, payah la. Buruk bukan nama dia je. Habis semua nama orang lain pun buruk jugak!!!
Tengku Adnan Mansor bangun berucap selaku Ketua Perhubungan UMNO WIlayah Persekutuan. Ku Nan juga adalah Setiausaha Agong UMNO.

Menurut mereka yang hadhir, ucapan Ku Nan agak pelik. Dia boleh marah ada ramai sangat bertanding jawatan Naib Presiden. Dia turut mengatakan PM hanya mahu tiga yang ada dikekalkan. 

Turut hadhir adalah Dato Syed Ali Alhabshi Cheras Bandar Tun Razak dan Dato Faridah Hasan Bandar Tun Razak.

Hairan pula... ada ke Majlis Tertinggi buat keputusan supaya tiga jawatan Naib tidak dipertandingkan?

Jawatankuasa politik pun tidak ada buat keputusan sedemikian. Tak tahu kenapa ada kata-kata demikian dari PM kerana tak ada pemimpin yang  ada buat kenyataan supaya tiga jawatan tersebut tak dipertandingkan.

Sebelum ini, sudah dengar desas desus Ku Nan kata buat apa Tan Sri Isa nak tanding bila dia pernah digugurkan.

Betul ke salah untuk bertanding jawatan dalam UMNO? Kalau salah, sebutlah piha pengurusan atau PM kata tiga jawatan naib tak perlu dipertandingkan dalam usaha nak meremajakan UMNO dan membawa transformasi politik.

Ditakuti ini hanya Ku Nan jual nama PM. Kalau PM tak mahu Isa atau Mukhriz atau Ali tanding, pasti dia sudah suarakan dan orang ketahui. Setakat yang diketahui, ketiga-tiga ada memberitahu PM sebelum tanding dan PM hormati hak mereka nak tanding dan menawarkan diri. - The Unspinner
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping