Rabu, September 25, 2013


Itu sahaja tujuan dia membangkitkan isu berkaitan dengan Masjid dan Bola Sepak ni sebenarnya. Si Khalid Gagap tu dah pecah kepala dibuatnya.

Sebaik sahaja turun dari kapal terbang setelah pulang berpoya - poya di Bangkok bersama Exco Negeri, dia mula dihujani persoalan mengenai perkara tersebut.

Apa faedahnya diorang dapat dengan mengadakan mesyuarat di Bangkok? Apa tujuan sebenar mereka ke sana? Adakah untuk beri penghormatan kepada Chin Peng?

Itu persoalan asal yang diajukan oleh rakyat kepada Rejim Pakatan Selangor tu. Itu penjelasan yang perlu diberikan kepada rakyat secara keseluruhan.

Rakyat nak tau berapa banyak peruntukan Negeri yang telah dibelanjakan bagi menampung kos mereka bermukim di Bangkok? Berapa banyak dana awam yang digunakan?

Apa hasilnya dari permukiman yang dibuat di sana? Semua persoalan itu tidak dijawab dan dijelaskan oleh Si Khalid Gagap secara telus dan jujur.

Sebaliknya, Si Khalid Gagap tu cuba nak alihkan perhatian dengan menimbulkan isu berkaitan dengan Masjid dan Bola Sepak.

Isu tu jelas cuba dibangkitkan untuk melarikan tumpuan rakyat mengenai pembaziran yang telah dilakukan sewaktu mengadakan permukiman di Bangkok.

Sebab ianya tak masuk akal. Bagaimana mungkin sebuah Rejim yang sering kali mendabik dada kata diorang ada simpanan berbillion - billion ringgit tapi tak de duit.

Bila orang mintak untuk bantu membiayai pasukan Bola Sepak Negeri, Si Khalid Gagap tu boleh bagi kata dua pulak. Nak pilih Masjid atau pun bola sepak.

Maka isu tu pun mula hangat diperkatakan dikalangan rakyat sehingga mereka lupa mengenai isu Bangkok. Dan itu tujuan mereka.

Untuk menghangatkan lagi keadaan, diorang wujudkan perbalahan diantara Azmin dengan Khalid Gagap. Tak ketinggalan PAS Negeri sendiri.

Dengan cara ini, diorang ingat rakyat tak persoalkan dah mengenai isu Bangkok tu. Kiranya selamat la diorang. Tak payah la nak bagi penjelasan.

Diorang ingat rakyat Malaysia ni Bodoh snagat macam diorang gamaknya. Diorang tak tau, rakyat Malaysia ni dah masak dengan taktik diorang tu. 

Setakat nak guna taktik basi nak menipu rakyat ni, rentikan la Khalid oi!!! Rakyat sekarang ni semuanya dah cerdik. Semua taktik basi tu dah ada dalam poket je. Jadi, tak payah la dia nak mengabihkan masa dan nak menipu rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping