Korang tau tak, mereka yang tergolong dalam kategori cantik ni ada tekanan tersendiri dalam kehidupan apatah lagi sekiranya kecantikan itu dimanipulasi oleh orang sekeliling.
Mungkin sesetengah orang akan kata, ‘senang la hidup kalau jadi wanita cantik’, tapi hakikatnya banyak yang perlu diharungi mereka. Hanya tuhan je yang tahu.
Mengimbas semula seawal zaman persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan, gadis dengan rupa paras menarik ni sering menjadi tumpuan ramai.
Contoh yang paling jelas apabila golongan ini akan dipilih untuk menjadi penyambut tetamu ketika aktiviti sekolah, pembawa sepanduk ketika hari sukan dan sebagainya.
Situasi ini diakui beberapa gadis yang sudi berkongsi pengalaman. Mereka berpendapat, bukan setakat itu saja cabarannya malah ia terpaksa ditempuhi hingga ke alam pekerjaan.
Menjadi pengiring orang kenamaan dan VIP pada majlis anjuran syarikat adalah perkara biasa. Lebih tertekan apabila individu yang sama akan diberi peranan terbabit setiap kali berlangsungnya aktiviti atau acara syarikat.
Rata-rata masyarakat menganggap perempuan lawa atau perempuan yang perasan lawa akan mempunyai sifat dalaman kurang menarik kerana apabila mendapat gelaran cantik tentulah egonya tinggi.
Dengan rupa paras lebih menarik berbanding gadis kebanyakan, sifat ego ini membawa kepada kesombongan dan kebodohan sekali gus mereka dianggap bongkak hingga menutupi kecantikan fizikal.
Begitupun, ia hanyalah tanggapan. Jika diperhatikan, ramai juga gadis cantik berjaya dalam hidup malah ia dianggap pakej kerana kelebihan intelektual digandingkan dengan rupa paras yang manis menjadikan mereka dipandang tinggi.
Sebagai contoh, pemain tenis antarabangsa Maria Sharapova berjaya mengubah pandangan masyarakat dengan kegemilangan dikecapinya.
Bukan hanya pandai memegang raket tenis tetapi dia juga bergaya apabila menjadi model produk terkemuka dunia.
Selain itu, golongan ini juga dipandang sinis terutama dari segi perhubungan. Ada yang menganggap, jejaka yang mempunyai teman wanita cantik hanya menjadikan mereka sebagai barang perhiasan untuk ditayang kepada rakan.
Bangga mempunyai ‘awek’ cantik tapi ‘isi dalam’ kosong. Itu antara sebahagian tanggapan negatif diberikan kepada wanita cantik selain daripada pujian menggunung yang sudah lali didengari mereka setiap hari.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.