Sabtu, September 14, 2013


"KALAU ada jodoh, Insya-ALLAH. Tapi sekarang ni saya belum memikirkan ke arah itu (kahwin)!."

Demikian reaksi aktres seksi, Nora Danish mengenai hubungannya dengan seorang anak menteri yang dikenali sebagai Nedim Nazri. 

Kisah kemesraan mereka sering menjadi perhatian dan juga bualan ramai memandangkan pasangan ini sering memuat naik gambar-gambar mesra mereka di laman sosial.  

Meskipun sehingga kini, pelakon Mencari Cinta dan Cuti-Cuti Cinta itu masih belum mengiakan mahupun menafikan hubungan yang terjalin antara mereka, namun dari bibit-bibit kemesraan yang dipaparkan membuatkan ramai yang menganggap mereka sudah bercinta.

Enggan terburu-buru, akui Nora pengalaman lalu membuatkannya lebih berhati-hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. 

Bagaimanapun, sekiranya Yang Maha Kuasa membuka pintu hatinya, dia tidak mungkin menolak jodoh yang tiba.

"Saya tak kisah kalau orang anggap kami bercinta. Tapi buat masa ini, saya tak mahu terlalu terbuka dan menghebahkan perkara ini. Lainlah kalau dah pasti kami akan berkahwin. Ketika itu, barulah akan saya kongsikan dengan semua peminat," jelasnya.

Akui sedang mengenali hati budi masing-masing, Nora berkata, dia sangat selesa mendampingi Nedim. Malah sikap suka bersedekah dan sering melibatkan diri dengan kerja amal membuatkannya semakin mengagumi jejaka itu.

"Kami sering bertemu dalam program - program amal. Dari situ kami mula rapat. Lagipun keluarga kami saling mengenali dan berkawan baik," kata bekas isteri Jejai ini.

Ditanya mengenai kemesraan Nedim dengan satu-satunya anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, kata Nora, anaknya itu sememangnya rapat dengan Nedim memandangkan mereka selalu bertemu.

"Rumah kami sangat dekat. Jadi kami selalu bertemu. Malah anak-anak kami juga selalu bermain bersama," kata Nora yang ditemui dalam majlis pra-tonton filem Lagenda Budak Hostel di Cathay Cineplex, semalam.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping