Selasa, September 03, 2013


Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.

Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.

Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.

Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.

"Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.

"Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan 'flash mob' pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen.

Ps: Ini baru orang kata 'Ekstrem'. Apa yang puak - puak Pakatan tu buat masih belum masuk kategori ni lagi. Apa yang diorang buat hanya ibarat 'Anjing Menyalak Bukit'!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Membuka pakaian dikhalayak ramai adalah sesuatu yng bukan dari budaya kita. Mungkin nakkan pembaharuan supaya nampak lagi ganas tetapi sebenarnya tidak dan adakalanya menjatuhkan maruah diri sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping