Hari tu Si Hadi Awang anggap idea yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu sebagai satu idea yang dah lapuk dan ketinggalan zaman. (Klik Sini)
Sekarang giliran Pemuda PAS Pusat pulak memperlekehkan cadangan yang dilontarkan oleh Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan tanpa segan silu.
Nampak sangat la bukan pemimpin UMNO/BN je yang skeptikal mengenaic adangan tersebut. Malah pemimpin Pakatan pun turut mencurigainya.
Cuma sekarang ni kita masih menunggu respon dan pendirian dari kalangan pemimpin DAPigs pulak. Apa yang kita tau, dulu DAPigs tolak sebarang usaha sama dengan Kerajaan. Jadi, adakah diorang pun akan menolak cadangan Si Ketua Penipu tu???
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan kerajaan BN.DPPM merujuk cadangan DS Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena kemerdekaan beliau yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.DPPM menganggap baik cadangan DS Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu besar perlu melibatkan kerajaan dan pemimpin PR agar kemelut negara dapat ditangani dan diselesaikan secara bersama.Kerajaan dan pembangkang sebaiknya duduk semeja dengan tidak mempolitikkan sesuatu isu supaya rakyat dan negara mendapat manfaatnya.Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama.Namun begitu, DPPM merasa musykil mengapa DS Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan.Dalam hal ini, DPPM sekadar mengingatkan DS Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh. Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan.Apa yang diharapkan Majlis Presiden PR serta pimpinan PR meneliti cadangan beliau serta mendokong usaha kerjasama dan perbincangan itu nanti.Kesepakatan dan kesepaduan dalam PR yang utuh memberikan suatu keyakinan kepada rakyat bahawa PR layak dan mampu memerintah negara dalam PRU ke 14.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.