Sabtu, September 14, 2013


Menyedari gerakan mahukan ulama mengisi jawatan nombor dua parti semakin kuat, Nik Aziz tiba-tiba menyalahkan akhbar kononnya beliau cakap lain tetapi yang ditulis lain.

Kita tak pelik sebab Nik Aziz memang selalu ‘flip flop’ dalam membuat kenyataannya sendiri sebelum ini sudah koner baring menerusi reaksi terbarunya pada Rabu yang lalu.

Namun, sudah terlambat untuk Nik Aziz membetulkan kesilapannya kerana dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sudah ada yang melihat beliau ‘kurang berbisa’.

Mungkin kerana itu juga PAS Segamat dilihat telah mencalonkan Datuk Husam Musa bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan nanti.

Umum juga tahu yang Si Husam Kambing tu ibarat anak emas Nik Aziz tetapi bekas Exco Kelantan yang dipalitkan dengan macam-macam janji serta projek yang gagal ditunaikan.

Malah, Husam juga kini dilihat semakin hari semakin hilang pengaruhnya didalam parti. Nak pulak sejak dia mula 'Merajuk' sebab tak dipilih menjadi Exco Rejim PAS Kelantan.

Maka tidak hairan tindakan Nik Aziz itu adalah untuk membuka peluang Husam bertanding kerana Husam lebih dilihat sebagai golongan professional bukannya ulama.

Nik Aziz mungkin tidak menyenangi lagi Muhamad atau Mat Sabu yang bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Pendang pada PRU 13 namun turut dikaitkan dengan amalan Syiah.

Setidak-tidaknya sudah pasti Husam akan berentap dengan Mat Sabu dan khabarnya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mungkin dicalonkan semula.

Seperkara lagi yang berlegar-legar dikalangan pemimpin serta ahli-ahli PAS selepas pemilihan lalu adalah teori Mat Sabu hanya memegang jawatan Timbalan Presiden sepenggal sahaja dan pemilihan kali ini tempat itu bakal diganti dengan Husam.

Jika diikutkan skrip tertentu, ini membolehkan Husam mencabar Hadi Awang pada pemilihan akan datang sekiranya ahli Parlimen Marang itu enggan melepaskan jawatan Presiden.

Ada pihak melihat inilah perancangan puak-puak Anwarinas yang mahu memastikan PAS dikuasai golongan profesional yang tegar menyokong Si Ketua Penipu tu pada masa depan.

Justeru itu, pemimpin dan ahli-ahli PAS harus sedar dan faham kenapa Nik Aziz tiba-tiba salahkan akhbar kerana kenyataannya terdahulu yang menyokong ulama bagi jawatan Timbalan Presiden tanpa disedari dah ‘membunuh’ peluang Si Husam Kambing tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping