Huh! Kalau kita baca dari satu sudut, memang itulah yang dimaksudkan oleh SAMM Selangor tu. Nampak macam diorang cuba memperlekehkan Pemuda PAS.
Sebelum ini Pemuda PAS Selangor menyatakan kekecewaan mereka terhadap Rejim Pakatan Selangor kerana tidak banyak membantu pasukan bolasepak Negeri.
Namun, kenyataan Pemuda PAS tu dibidas oleh Khalid Gagap dengan menyatakan bahawa Selangor telah membelanjakan sebanyak RM 7juta setahun.
Malah, Khalid juga turut memberikan kata dua kepada Pemuda PAS sama ada mereka hendak memilih diantara Bolasepak atau Masjid.
Kata Khalid, perbelanjaan yang digunakan oleh Negeri untuk membiayai pasukan bolasepak Selangor lebih kurang sama dengan pembinaan sebuah masjid.
Sebaik sahaja Khalid memberikan kata dua tersebut, Azmin Ali pula menyindir jawapan yang diberikan oleh Khalid melalui laman micro blog twitternya.
Azmin kata, anak muda hari ini boleh bermain bola sepak dan kemudian pergi ke masjid kerana kedua - duanya sama penting buat mereka.
Jelas, sindiran itu ditujukan khas buat Si Khalid Gagap tu kerana tidak memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhan. Dia fikir pasal diri dia sendiri je.
Maka, oleh kerana tak de orang yang nak 'backup' dia dan terus dijadikan bahan lawak jenaka oleh Pemuda PAS, datang la geng SAMM Selangor ni nak jadi Hero.
Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SAMM Selangor jelas menganggap tindakan Pemuda PAS itu satu tindakan yang tidak Proaktif dan Positif.
Kata mereka, Rejim Pakatan Selangor selama ini sudah menyumbang jauh lebih banyak kepada pembangunan bolasepak jika hendak dibandingkan dengan Negeri lain.
Dalam pada itu, SAMM juga turut mengkritik FAM kerana dikatakan GAGAL membawa bolasepak tanah air ke peringkat yang lebih komersil.
Aik! Negeri lain semuanya ok je. Semuanya naik persembahan masing - masing. Negeri dia je yang semakin merosot. Yang dia nak salahkan FAM apa pasal pulak?
Sepatunya diorang salahkan pihak pengurusan bolasepak sendiri kerana GAGAL mengangkat mutu persembahan pasukan mereka. Bukannya cari salah orang itu ini.
Nampak sangat la kenyataan media yang dikeluarkan oleh SAMM ni jelas hanya sekadar nak menjaga bontot Si Khalid Gagap yang semakin hari semakin panas tu.
Tapi, apa nak heran ye tak. Geng - geng SAMM ni terpaksa jugak buat kenyataan media sedemikian. Biar apa pun yang Si Khalid tu buat, waima tak betul sekali pun, diorang tetap akan pertahankan jugak!!! Maklum la. Mulut dah kena sumbat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.