Sebelum ini, beberapa rakan blogger SH mengeluarkan artikel berkaitan dengan projek 1Malaysia Spiritual Tourism yang dikendalikan oleh syarikat Enchant Sdn. Bhd.
Katanya, projek tersebut akan dibina oleh syarikat berkenaan dikawasan seluas 250 ekar berhampiran dengan Bukit Gambang, 30km dari Kuantan.
Walaubagaimana pun, pihak Kerajaan Negeri sendiri tidak sedia maklum mengenai projek tersebut seperti mana yang dijelaskan didalam akhbar Malay Mail hari ini.
Pegawai di Jabatan Perlancongan Negeri, Fauziah Elias menjelaskan bahawa pihaknya tidak tau lansung mengenai pembinaan projek tersebut.
Adalah menjadi sesuatu yang mustahil sekiranya projek yang menelan berjuta - juta ringgit ini tidak diketahui oleh mana - mana pihak.
Malah satu sumber SH juga turut menafikan bahawa Kerajaan Negeri terlibat dengan projek tersebut. Mereka sendiri tidak tahu sama ada ianya benar atau tidak.
Kata sumber SH, nama syarikat tu pun diorang tak pernah dengar. Kemungkinan perkara ini hanya berada diperingkat cadangan dan perancangan syarikat tu sendiri.
Jadi tak de la ianya berkaitan dengan Kerajaan Negeri. Mungkin sebab itu Kerajaan Negeri sendiri tak tau menahu mengenai projek tersebut.
Bagi pihak Kerajaan Pusat pula, Menteri Pelancongan sendiri pun kata tak tahu menahu mengenai isu yang dibangkitkan. Apatah lagi dengan projek mega tersebut.
Namun, SH tetap akan mencari kebenaran sama ada perkara ini benar atau pun tidak. Pendedahan selanjutnya akan menyusul kemudian. Tunggu la ye.
copek skit..darah tongah mendidih nih..hehe
BalasPadammana boleh macam tuh, semua tak tau. kalau macam tuh siapa tipu siapa? syarikat siap ada website lagi tuh. ini bukan macam curi balak dalam hutan. ini projek mega tuh.
BalasPadamAs salam..
BalasPadamTerima kasih saudara blogger atas usaha yg dilakukan. Harap penjelasan dan kebenaran berhubung projek mungkar ini dpt diperolehi.
Kami rakyat biasa ni hanya mampu melihat dan berharap agar pemimpin dan kerajaan yg ada lebih prihatin tentang islam dan tanah melayu ini.
Masalah pokok adalah pemimpin yg dikaitkan dgn projek ini tidak langsung memberikan komen dan penjelasan samada benar atau fitnah semata perkara ini. Ini secara tidak langsung memberikan persepsi yg projek ini mendapat sokongan kerajaan sebagaimana yg didakwa.
Harap kebenaran projek ini dpt kita perolehi. Bongkar sampai saudara.
Terima kasih sekali lg atas usaha anda..
Salam bro, ini politik - sekarang ni bila banyak blog dah gahkan cerita ni ,semua main "pukui tak tau" - standard lah tu. Nanti lepas ni kita akan dengar pulak yang kerajaan negeri belum lagi mengeluarkan kelulusan atau masih dalam pertimbangan. Pas tu "Ah Jib Gor" akan bagi kelulusan demi meMelaysiakan hasrat 1 Malaysia. Ah Jib Gor berupaya melakukan kejutan "luar biasa" apatah dengan bantuan serta nasihat dari ramai pakar pakar punaisihat punaisihat yang bertakhta diPEMANDU.
BalasPadamNajib yang bagi kelulusan projek tersebut......Pegi tanya MB dan sultan .
BalasPadam