Jumaat, September 20, 2013


Ps: Orang dok sibuk nak bertanding, tapi dia masih lagi ada ruang nak perli Si Guan Eng ni ek. Memang hebat la Mukhriz ni. Patut la dia berani tawar diri nak bertanding Naib Presiden UMNO!!! 'Dare To Change, Bro'!!!

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minatnya sendiri.

Malah, katanya, beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.

"Kalau benar beliau hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi semasa zaman beliau presiden parti dan perdana menteri (keempat) selama 22 tahun, beliau boleh menarik abang saya, (Datuk) Mokhzani dan saya untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

"Saya akui "bin" saya memang menarik perhatian. Ia juga menaikkan saya ke satu imej tertentu kerana beliau (Dr Mahathir) menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan tinggi.

"Saya seronok dapat meneruskan apa yang beliau perjuangkan tetapi saya ada idea saya sendiri," katanya pada sidang media selepas mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau mengumumkan hasratnya itu pada majlis memperkenalkan calon dari Kedah bagi pemilihan Umno di peringkat pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, semalam.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata, ketika ini sudah ada di kalangan rakyat dan perwakilan Umno yang mula menilai keupayaannya untuk mentadbir dan memikir strategi demi kelangsungan parti.

Sementara itu, katanya, beliau akan mengisi borang untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada pemilihan bahagian itu setelah diberi laluan oleh penyandang, Datuk Abu Hasan Sarif.

"Datuk Abu Hasan maklumkan saya bukan bertanding tetapi penyerahan jawatan daripada beliau kepada saya. Kami (Umno Kedah) percaya penuh kepada perpaduan kerana menerusi perpaduan kami memenangi semula negeri ini.

"Beberapa "kawasan" kami, saya akui wujud sedikit perpecahan sebelum ini tetapi menjelang pilihan raya umum lepas kami berjaya menyelesaikannya, dan  mengenepikan semua perbezaan pendapat dan berjuang sebagai satu barisan bersepadu dan ia membuahkan hasil," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping