SH bertanya kepada seorang Ustaz, boleh atau tidak kita buat satu amal ibadah tanpa memenuhi syarat - syarat sahnya? Ustaz tu kata tak boleh.
Dia bagi contoh, solat. Boleh ke tidak kita langkau dari satu tertib dengan yang lain? Boleh tidak kita angkat takbir dan kemudian terus sujud?
Sama jugak la dengan hukum nikah kahwin. Ada syarat sah yang perlu kita penuhi sebelum perkahwinan itu boleh dianggap sah dari hukum syarak.
Hukum sah perkahwinan ni bukannya susah pun. Kena ada pengantin lelaki dan perempuan, wali, dan dua orang saksi serta akad. Semua tu kena dipenuhi.
Makanya, jika nak bercerita pasal Si Ostazah Pening ni, adakah dia memenuhi semua tuntutan hukum sah perkahwinan tu? Dia dengan bangga kata tak de masalah.
Apa yang penting kahwin. Itu sahaja. Kalau macam tu, orang yang solat main angkat takbir lepas tu terus baca tahyat akhir pun kira sah jugak la kot. Janji dia solat jugak.
Walaupun tak memenuhi syarat sah solat, tapi dia tetap jugak bersolat. Tak gitu Ostazah? Dari apa yang Ostazah cerita, itulah kesimpulannya.
Adalah menjadi satu persoalan dikalangan rakyat Malaysia. Si Ostazah Pening tu dah tak de waris lelaki ke? Mana pergi bapa, abang atau bapa saudara dia yang paling tua?
Bukan ke diorang ni merupakan individu penting dalam kehidupan Si Ostazah Pening tu untuk menjadi wali kepada perkahwinan dia?
Ada tak orang tu hadir dalam perkahwinan dia di Thailand tu? Atau diorang pun tak tau yang dia dah kahwin di luar Negara?
Dan dalam kenyataan Si Ostazah Pening tu, dia kata dia hanya memudahkan benda yang payah. Apa yang payahnya? Kahwin di Malaysia dikira payah?
Pelakon Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
"Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah."Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa," katanya.
Sebab apa payah ek? Sebab ada halangan? Siapa yang halang? Keluarga yang halang? Undang - undang yang halang? Atau ada sebab - sebab lain?
Bab tu Si Ostazah Pening tu tak pulak jelaskan. Nak pulak dia sembunyikan kebenaran. Apa yang jelas, Si Ostazah Pening tu telah membuka pintu fitnah terhadap dirinya sendiri.
Kalau selama hari ini, Si Ostazah Pening tu suka sangat cerita yang orang lain tak nak ikut Hukum Allah. Tapi dalam masa yang sama dia sendiri pun tak ikut jugak. Maka jadi la dia macam Ketam mengajar anak!!! Cakap tak serupa bikin!!!
sry la klu soalan ni x kn gaya tp janda kn guna wali mujbir ker kalau nk nikah semula? bukan ker boleh nikah jer tanpa persetujuan ahli keluarganya pasal dia dh pernah berkahwin sebelum ni?
BalasPadampayah juga tu. nk kena ke siam. tak yah nikah kan lg mudah.
BalasPadamtu la masalahnya kalau otak letak kat lutut
UFB kahwin kat selatan thai,ramai macai komplen...ni dah kena jilat balik ludah diorang sebab ostazah ebbi pon buat jugak....tak guna jugak ngata orang tapi diri sendiri pun buat
BalasPadamsatu soalan janda perlu wali ke? adik aku sekolah ugama tahun 6 pun tahu undang-undang perkahwinan islam, yang tak eloknya kalau dia bukan muhrim tapi berdua-duaan itu baru salah
BalasPadamKalau janda tak perlukan Wali, jadi kenapa pulak dia nak kena kahwin kat Thailand? Kenapa pulak dia kata 'Payah' nak kahwin di Malaysia?
BalasPadamNampak sangat macam ada benda yang nak disembunyikan. Tu pasal Hukum Islam kata, nak kahwin ni ke war - warkan kepada orang ramai supaya tak berlaku fitnah.
Sekarang, dia sendiri yang bukak pintu fitnah tu kepada orang ramai dengan memberikan alasan yang tak masuk akal.
Janda TIDAK PERLU IZIN WALI MUJBIR untuk bernikah.
BalasPadamDia cakap nak mudahkan cara mungkin maksud dia, kahwin kat seberang tak perlu isi banyak borang kut... tak perlu buat majlis panggil wartawan... dan semua-semua tu laa..
Kita berbaik sangka laa...
Jangan benci orang terlebih-lebih.
Saya pun tak suka dengan komen2 dia di twitter yg menyinggung perasaan org islam, tp janganlaa kita pun turut sama berkelakuan macam orang yg kita tak suka.
Dulu masa aku janda aku nak kawin...aku kena jugak ada wali jgk...bengong !
BalasPadamjanda ke anak dara ke mesti ada kebenaran wali baru boleh kahwin,
BalasPadam