Tongkat Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dibida seorang usahawan pada harga RM15,000.
Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, menerusi program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam.
Harakahdaily melaporkan lelongan bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang.
Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai.
Abdullah berkata, beliau sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah.
Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari.
Katanya, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini.
“Saya memang meminati Nik Aziz, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangannya sejak 25 tahun lalu,” katanya.
Walaupun kini bukan lagi menteri besar, Nik Aziz sentiasa prihatin terhadap rakyat hingga mendorongnya menyerahkan tongkatnya untuk dilelong.
Hasrat itu disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga mangsa kebakaran Kampung Sireh Bawah Lembah.
Tongkat itu diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alaani Abdul Kader kepada Abdullah sebaik sahaja memenangi bidaan.
Ps: 15ribu tu bagi kat anak yatim ada jugak la faedahnya. Ini setakat beli tongkat, apa guna? Duit pun belum tau pergi mana beb. Takut lesap macam Tabung Memali je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.