Aiseh! Apa sudah jadi ni Bang Mat? Nampak gayanya mainan psikologi yang cuba dijaja oleh Bang Mat kali ni memakan diri sendiri. Banyak sangat pakai Kepala Lutut, tu masalahnya.
Kot ye pun terasa diri tu dah semakin dipinggirkan dalam parti, takkan la Bang Mat sampai sanggup tembak kaki sendiri kot? Tak syok la macam ni brader.
Cobaan Bang Mat nak meraih simpati dikalangan perwakilan PAS untuk mengekalkan jawatan dia sebagai Timbalan Presiden PAS tak menjadi.
Mana tidaknya. Kenyataan Bang Mat tu terlalu terbuka dan ianya mengundang pandangan negatif dari kalangan ahli PAS sendiri. Bang Mat saja cari penyakit.
Apa yang Bang Mat sebut sebelum ni ternyata hanya memperlekehkan orang PAS terutama mereka yang bergiat dalam dunia media baru dikalangan ahli PAS sendiri.
Sebelum ini, kenyataan Bang Mat yang mendakwa kononnya kempen pemilihan PAS kali ini adalah yang paling teruk sepanjang 35 tahun mendapat kritikan Harun Taib.
Alasan yang dijelaskan oleh Harun Taib masuk akal. Dia kata dia masih belum membaca kenyataan penuh dari Bang Mat sendiri. Jadi, dia tak boleh komen banyak.
Tetapi, lain pulak dengan respon dari Mantan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah ni. Nampak gayanya macam dia pulak yang terlebih makan cili.
Kata Phahrolrazi, Si Mat Syabun tu tak perlu nak takut sangat jika dia masih yakin untuk mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PAS.
Malah, Phahrolrazi siap kutuk pulak dengan menyatakan seandainya seorang pemimpin tu dah buat kerja dia, mustahil perwakilan diperingkat akar umbi akan tolak.
"Kalau kita memberi khidmat yang cukup baik dan kerja kita baik... Maka kita tidak perlu bimbang dengan apa saja cubaan (untuk menjatuhkan kita) melalui apa jua kempen pun kan?," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
Nah! Kemungkinan besar Si Phahrolrazi ni terasa banyak dengan apa yang dinyatakan oleh Si Mat Syabun mengenai kempen buruk sebelum ini.
Mana la tau kot - kot dia pun ada jugak terlibat dalam kempen seumpama itu. Maka sebab tu la dia perli pulak Si Mat Syabun tu terang - terangan.
Namun, apa yang dinyatakan oleh Si Phahrolrazi tu betul juga. Buat apa Si Mat Syabun tu nak takut kalau dia dah banyak menyumbang kepada parti?
Lantak la orang nak kata apa pun. Yang penting ahli perwakilan nampak apa yang dia dah buat. Itu sahaja sudah mencukupi. Lain la kalau dia tak buat apa - apa lansung. Setakat berdiri atas pentas bagi ceramah maki hamun orang buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.