Gugur bukan sebab Tak Layak, tapi gugur sebab Teknikal??? |
Sekalung tahniah diucapkan kepada UMNO kerana telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia secara khususnya untuk menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia ni.
Dengan adanya 'Pemilihan Terbuka' maka rakyat Malaysia melihat UMNO sebuah parti yang benar - benar inklusif terhadap ahli - ahli mereka.
Sesiapa pun yang nak bertanding bagi merebut jawatan UMNO dalam Pemilihan kali ini dibenarkan selagi mereka memenuhi syarat dan kredibiliti yang ditetapkan.
Persoalannya, adakah syarat dan kredibiliti itu sudah cukup untuk memastikan seseorang calon itu layak bertanding? Adakah itu sahaja yang jadi kayu pengukurnya?
Bagaimana pula dengan mereka yang selama ini sering buat kerja dibelakang tabir? Adakah mereka tidak layak untuk bertanding dan memegang jawatan dalam UMNO?
Hakikatnya, syarat dan kredibiliti ini dilakukan secara terpilih. Itu pandangan SH. Kerana apa yang dilakukan memang tak masuk akal lansung sebenarnya.
Bagaimana mungkin pihak pengurusan UMNO boleh terlepas pandangan mengenai perkara ini sedangkan mereka hendak memilih calon yang benar - benar layak.
Adakah pihak pengurusan mahu barisan Majlis Tertinggi nanti terdiri dari kalangan mereka yang pandai bermuka - muka dalam UMNO? Itu ke maksud 'Meremajakan Parti'?
Agak - agak la weih! Kot kalau calon tu pernah jadi Ahli Jawatankuasa Bahagian sekali pun, tak semestinya dia banyak berkhidmat kepada parti.
Ada jugak calon yang dalam senarai 'Layak Bertanding' yang diumumkan semalam semuanya hanya 'Tidur' dibahagian masing - masing.
Pun begitu, orang macam tu boleh pulak diangkat oleh pihak pengurusan sedangkan belum tentu orang tu mampu dapat undi dikawasan dia sendiri.
Hanya kerana sebab - sebab 'Teknikal', nama seseorang calon itu digugurkan dari pencalonan. Alamak ai! Hak ini pengurusan boleh jadi buta ke?
Hari tu kompang punya kuat kata tak nak jadi macam DAPigs. Tapi penyudahnya, itu jugak la alasan yang digunapakai untuk menyingkirkan calon yang bertanding.
Dulu pun CEC DAPigs menggunakan alasan 'Teknikal' untuk menaikkan calon. Kali ini, UMNO pulak guna alasan yang sama untuk gugurkan calon? Alamak ai! Malunya!!!
Kesimpulannya, masih banyak lagi ruang - ruang kecacatan yang boleh diperbetulkan oleh UMNO. Takkan la sumbangan seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia pun diorang tak pandang!!! Tolong la jangan jadi BUTA sangat!!!
Kami sokong Najib. Kekalkan status kuo
BalasPadamsekarang baru nak cerita teknikal... kriteria teknikal ini juga telah dipersetujui tahun 2009 lagi... boleh dibangkitkan sepanjang 4 tahun... sekarang baru nak buat exclusion pulak... buat malu UMNO ajer lar... dulu ketawa DAP, sekarang diaorang ketawa kita pulak kerana boleh ubah rule ikut suka hati ajer... wawasan orang muda camni ke yang kita hendak? tak pikir panjang ke pemuda kita sekarang, main redah ajer...
BalasPadamIni kes jelas, terlepas pandang atau tersalah maklumat. malang, sbb dengarnye tun faizal terlibat membantu jawatankuasa yg mencadangkan pindaan yg digunapakai utk pemilihan kali ini. jadi tak tepat klu nak salahkan parti atau kepimpinan atau pentadbiran. klu perlu pindaan maka cadanglah agar pindaan ini dipinda semula...
BalasPadamSudahla tu, peraturan dah jelas ikut ajela. Inila cabaran nak jadi pemimpin umno masa depan. Tak kan semuanya nak special ......
BalasPadamTak semestinya ngko popular di blogger ngko tahu memimpin parti.ngko mengata nasrudin tak menang kat bahagian macamne nak ke naib presiden.tun faisal macamtu gak.kat bahagian tak tercalon macamne nak lompat ke peringkat lebih tinggi.merata dulang paku serpih la ngko ni
BalasPadamNgko popular didalam blogger tak semestinya ngko pandai memimpin parti.ngko mengata nasrudin kalah kat bahagian macamne nak tanding naib presiden.macamtu la tun faisal gak.kat bahagian xde jawatan takkan boleh lompat ke jawatan dalam pusat.merata dulang paku serpih la ngko ni
BalasPadam