Nampak gayanya, Si Mat Syabun ni boleh bau kekalahan yang bakal dihadapinya tak lama lagi. Dia nampak gayanya dah semakin goyang.
Semua orang tau yang kedudukan Si Mat Syabun tu sebagai Timbalan Presiden PAS Pusat telah pun dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Malah, nama Husam Kambing pun menjadi sebutan untuk merampas kerusi tersebut baru - baru ini. Tambah la membuatkan Si Mat Syabun tu terketar lutut.
Mungkin atas sebab rasa takut yang melampau - lampau, Si Mat Syabun tu pun keluarkan kenyataan yang jelas dilihat cuba menghina PAS sendiri.
Kata Mat Syabun, kempen bagi pemilihan jawatankuasa PAS tahun ini adalah merupakan kempen yang paling teruk pernah dia lihat sepanjang 35 tahun.
"Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur pada masa depan," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Insider."Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," tambahnya.
Mat Syabun menyifatkan perubahan tersebut kerana akibat perubahan minda dikalangan ahli - ahli PAS sendiri sehingga membuatkan dia sendiri terkejut.
"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya.Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama."Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya.
Heh! Selama hari ini, tak de pulak dia rasa pelik bila ada pihak menaburkan fitnah dan buat tuduhan yang bukan - bukan melalui laman blog, twitter dan facebook.
Tapi bila keadaan tu berubah dan muncung meriam dihala ke dalam kem sendiri, mula la Si Mat Syabun tu nak rasa tak senang duduk? Baru dia nak menggelupor?
Halamak ai! Jangan la jadi Hipokrit Bang Mat oi!!! Jangan jadi orang yang takut dengan bayang - bayang sendiri. Cuba la berdepan dengan realiti sikit.
Kot kalau orang dah memang tak suka tengok muka dia jadi pemimpin, tak payah la nak mengarut benda yang bukan - bukan. Tunggu je bulan November nanti. Tau la macam mana nasib dia kelak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.