Haduhai! Untung sungguh Mak Jan sorang ni ye. Dah la cantik, comel, manja, body pun boleh tahan. Mantap lagi beb!!! Bukan calang - calang Mak Jan ni.
Lepas tu sekarang ni dengar cerita dia tengah hangat bercinta dengan 'Budak Kopi'. Biar pun budak tu kerja buat kopi je, tapi kaya woo!!!
Siap ada kereta Ferrari lagi beb. Tu belum kira banglow yang berharga RM 7juta!!! Memang kaya GILE beb 'Budak Kopi' ni!!! Kaya dengan harta warisan kot.
Tu tak kisah la. Mamat tu pun memang dah sedia kaya dengan harta warisan dia. Terang - terang ianya boleh dijelaskan kepada orang ramai.
Cuma cara dia menunjuk - nunjukkan kekayaan tu sahaja yang tak berapa bagus. Sama la macam bapak dia, TAK BERAPA BAGUS. Tapi suka berlagak macam dia bagus.
Cuba la Budak Kopi tu buat macam Si Nurul Izzah tu kan. Ada aset berbillion - billion, tapi pandai dia sorok. Tak de pun nak tayang kat orang.
Bila orang tanya, dia buat tak tau je. Dia ingat orang tak tau gamaknya. Sampai hari ni dia hanya menyembunyikan kebenaran dari rakyat. Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah nama pun keluarga Penipu. Jadi, menipu aje la kerja dia pun!!!
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi menepis tuduhan yang mendakwa anaknya memiliki harta di luar kemampuan.Kali ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeluarkan kenyataan dengan bukti dokumen kononnya Mohamed Nedim Abdul Aziz membeli sebuah banglo berharga RM7.2 juta.“Dia boleh beli istana, bukan masalah saya,” kata Nazri kepada wartawan apabila ditanya di lobi Parlimen hari ini.Bagaimanapun, beliau kelihatan seperti terpinga-pinga mengenai tuduhan terbaru itu.Pada mulanya Nazri seolah-olah terkejut dan bertanya: “Rumah apa?”SAMM menerusi ketua penyelarasnya, Badrul Hisham Shahrin hari ini meminta Nazri menjelaskan bagaimana anaknya mampu memiliki hartanah mewah itu."Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglo anaknya ini."Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak?” katanya melalui kenyataan media.Badrul juga tidak menolak kemungkinan wujudnya dakwaan itu berkait rapat dengan pemilihan Umno yang bakal berlangsung Oktober nanti.Ini bukan kali pertama Nedim mendapat perhatian media.Baru-baru ini beberapa pemblog mempersoalkan keputusan Nazri melantik Nedim sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.Bagaimanapun, Nazri menjelaskan Nedim hanya dilantik sebagai pegawai penyelaras di kawasan Parlimennya di Padang Rengas dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.Tahun lalu pula, Nedim didakwa memiliki sebuah kereta mewah sumbangan ahli perniagaan kontroversi Michael Chia.Bagaimanapun, Nazri menepis tuduhan itu dengan menyatakan beliau tidak “tidur” dengan anaknya.
Kih kih kih..gamaknya dia ingat orang tak tau gamaknya...
BalasPadam