Ahad, September 29, 2013


Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya umum akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Kerusi DUN tersebut kosong berikutan ADUN yang juga merupakan Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia khamis lepas.

Tak sempat sehari Tok Jan meninggal dunia, kepimpinan PAS Pusat masing - masing dah mula mengatur rancangan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil.

Nampak sangat rakusnya puak - puak Parti Angguk Saja ni. Masing - masing semuanya Gila Kuasa belaka. Semuanya tak reti nak hormat pada keluarga Allahyarham.

Ada dikalangan penyokong PAS sendiri menjadi jelak melihat gelagat pemimpin mereka tatkala membicarakan mengenai PRK DUN Sungai Limau tu.

Mereka menyifatkan tindakan sedemikian sebagai terlalu ghairah nak mengekalkan kawasan tersebut sedangkan sebelum ini, mereka sendiri tak hargai jasa Tok Jan.

Kata mereka, Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal menjadi pentas buat pemimpin tertentu untuk berkempen. Tapi bukan kempen Pilihan Raya.

Sebaliknya, mereka beranggapan bahawa kempen yang dimaksudkan adalah kempen untuk menghadapi muktamar PAS hujung tahun nanti. Kempen untuk berebut jawatan.

Jangan pelik la kalau dalam Pilihan Raya Kecil kali ini, jentera PAS akan dikejutkan dengan kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PAS Pusat.

Masing - masing pasti akan mengambil peluang ini untuk berkempen bagi merebut jawatan tertentu dalam parti. Semuanya nak ambik peluang untuk menaikkan nama.

Dalam muktamar PAS kali ini, pemilihan jawatankuasa akan diadakan. Seperti mana kata Si Mat Syabun sebelum ini, pemilihan kali ini adalah yang teruk.

Jadi, tak mustahil sekiranya perkara yang disebut oleh ahli PAS diperingkat akar umbi tu bakal menjadi kenyataan. Kemungkinan besar perkara itu akan berlaku.

Tak mustahil beb. Semua ni memang ada logiknya. Dan pemimpin PAS ni memang suka mengangguk di air yang keruh. Masing - masing memang suka ambik kesempatan belaka. Tapi semuanya untuk diri sendiri la, bukannya untuk menegakkan Islam!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping