Wah!! Nampak gayanya, semua Bahagian dalam Pahang dah dapat Ketua Pergerakan Pemuda yang baru mengantikan Ketua - Ketua Pemuda yang dah habis tempoh.
Dari keseluruhan, Pahang ada 14 Bahagian UMNO. 13 daripadanya mendapat Ketua Pemuda yang baru selepas selesai mengadakan persidangan petang semalam.
13 Bahagian tu termasuk Lipis, Cameron Highland, Raub, Bentong, Temerloh, Jerantut, Kuala Krau, Maran, Bera, Paya Besar, Kuantan, Indera Mahkota, dan Pekan.
Manakala hanya satu Bahagian sahaja yang masih mengekalkan kepimpinan Ketua Pemuda yang lama iaitu YH Dato' Mohamad Sahfri Abdul Aziz, Bekas ADUN Bukit Ibam.
Dalam pemilihan kali ini Dato' Sahfri yang menyandang kerusi Ketua Pemuda Bahagian telah ditentang oleh YB Dato' Johari, ADUN Tioman merangkap Exco Kerajaan Negeri.
Demikian terbukanya UMNO pada hari ini dimana sesiapa juga diberi ruang dan peluang untuk bertanding bagi merebut jawatan dalam parti.
Dan, perwakilan dari peringkat akar umbi diberi peluang untuk menentukan siapa pemimpin pilihan mereka sendiri. Tak de la macam parti lain.
Nak tentukan pemimpin pun banyak 'Red Tape' sana sini. Ada pulak perwakilan yang dipanggil mesyuarat tapi 'Tak Layak' untuk mengundi? Kan ke bodoh namanya tu?
Apa yang mencuri perhatian di Pahang ialah apabila jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian Raub tidak dipertandingkan. Semuanya menang tanpa bertanding.
Pun boleh jadi juga jika jentera yang ada dibawah lebih senang memilih untuk mengukuhkan parti dari beramuk sesama sendiri. Tak de la pening kepala sangat.
Apa yang pasti, pemilihan UMNO ni bukannya nak tentukan siapa yang menang atau kalah. Tetapi ianya hanya untuk kesinambungan UMNO dimasa akan datang.
Bagi SH, nampak sangat la UMNO ni tak ketandusan dari segi kepimpinan muda. Asal kosong je tempat tu, sudah pasti ada yang bersiap sedia untuk mengisinya. Walaupun diorang tau tugas berat menanti dimasa hadapan!!!
tugas mengisi poket srndiri dan pakai kete besar dr perjuangkan nasib alif ba ta..transformasi taik hanjing!!
BalasPadam