Selasa, Oktober 29, 2013


Tindakan pembangkang menggunakan gambar palsu membuktikan PAS terdesak untuk meraih simpati penduduk pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan itu juga menunjukkan PAS kini bimbang calon mereka Mohd Azam Abd Samat tidak dapat menyaingi kewibawaan dan kredibiliti calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk pendidikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pembohongan secara terang-terangan itu tidak selari dengan kenyataan PAS yangsebelum ini lantang mendakwa memperjuangkan agama.

"Mereka kena ingat bahawa menggunakan gambar palsu boleh menjadi fitnah, danpenduduk di Sungai Limau perlu berfikir adakah mereka mahu menjadi sebahagiandaripada fitnah itu?" katanya kepada Bernama di lobi Parlimen pada Isnin.

Shahidan berkata demikian semasa diminta mengulas gambar palsu menggunakan teknik 'super impose' menunjukkan Mohd Azam bersama bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang disiar dalam sebuah risalah kempen PRK DUN Sungai Limau.

Selain itu, laporan akhbar pembangkang juga mendakwa ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir 'mendoakan kemenangan Mohd Azam' semasa menerima kunjungan calon berkenaan bersama Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk MahfuzOmar.

Shahidan juga menyifatkan taktik kotor seperti itu 'membawa rakyat ke belakang' kerana pendekatan lapuk sedemikian tidak lagi sesuai digunakan pada zaman minda rakyat telah terbuka dalam menerima sesuatu maklumat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari pula berkata, BN tidak perlu menggunakan taktik seperti itu untuk meraih undi kerana keperibadian Ahmad Sohaimi sudah 'cukup kuat' bagi mendapat sokongan penduduk.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani turut menyelar tindakan tidak beretika itu, dan menyifatkan kempen berkenaan 'memakan diri sendiri' kerana memberi pandangan negatif terhadap pemimpin jika terpilih menerusi cara sedemikian.

Bagi anggota Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pembangkang sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mengguna pendekatan lapuk hanya kerana takut dengan kemantapan jentera BN sepanjang kempen.

Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap, yang baru pulang daripada meninjau Pusat Daerah Mengundi Titi Batu, Sungai Limau semalam memaklumkan bahawa cubaan menggunakan taktik itu hanya dilakukan mereka yang tidak yakin.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping