Kali ni, dah tak de alasan lain dah. Memang sah Bekas ahli DAPigs ni dirogol depan - depan. Dah la dia kena buang oleh parti tanpa sebarang surat tunjuk sebab.
Sekarang, dia pulak jadi mangsa fitnah parti Ultra Chauvanist tu sendiri. Apa lagi yang DAPigs nak buat kepada ahli dia sendiri dia lepas ni?
Tindakan kejam dan rakus DAPigs ni membuktikan bahawa parti tersebut tak mempedulikan Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat Malaysia. Sedangkan dengan ahli parti pun dia boleh tabur fitnah, inikan pulak dengan rakyat biasa!!!
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan segera dijalankan ke atas Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di beberapa akhbar Cina pada April lalu.Jenice mendakwa, kenyataan Kok Wai pada 24 April lalu bahawa beliau terlibat dengan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa adalah amat serius kerana dilemparkan tanpa bukti yang kukuh."Kenyataan Timbalan Pengerusi itu mengenai saya di China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, Guang Ming Daily dan Oriental Daily menyebabkan rakyat telah hilang kepercayaan terhadap saya. Saya juga telah dipandang serong oleh masyarakat akibat penyiaran fitnah itu."Saya menafikan semua kenyataan fitnah dikeluarkan Kok Wai dan menggesa pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 500 dan 501 Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574)," katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Pandan Indah di sini selepas membuat laporan.Jelas Jenice, antara dakwaan Kok Wai dalam akhbar berkenaan adalah berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya dan salah guna kuasa dalam meluluskan projek kepada syarikat milik pembantunya, Lee Hsuan Ba.Dakwanya, akhbar tersebut melaporkan bahawa Jenice sedar Hsuan Ba telah menyalahguna kuasa dan terlibat dalam kes penyelewengan namun beliau tidak mendedahkan perkara itu."Kok Wai membuat kenyataan bahawa saya cuba menyembunyikan kebenaran berkenaan isu itu. Itu adalah tidak benar," katanya.Menurut Jenice, kenyataan-kenyataan fitnah itu telah memberi impak negatif sehingga beliau digugurkan sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi DUN Teratai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu selain dihujani dengan pelbagai kritikan dan tohmahan daripada masyarakat.Dalam pada itu, Jenice turut menggesa jawatan Kok Wai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP digantung berikutan sehingga kini, Kok Wai gagal menyelesaikan penyiasatan terhadapnya."Sudah lima bulan, tiada pihak berkuasa antaranya mahkamah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau kerajaan negeri membuktikan saya terlibat dalam kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan."Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kok Wai terhadap saya ketika pilihan raya adalah semata-mata fitnah," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.