Khamis, Oktober 17, 2013


Dewan Ulama Pas memberi amaran kepada sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan tafsir ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada golongan ulama dan ilmuwan agama terlebih dahulu.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh berkata demikian merujuk kepada status Twitter Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

“Penggunaan ayat atau tafsir Al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam atau pun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir Al-Quran sekiranya tidak arif bahagian  itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguan edisi bahasa Melayu, The Herald.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Justeru itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan supaya Jui Meng bertindak matang dengan menghormati keputusan mahkamah demi keamanan dan kesejahteraan antara agama.

“Umat Islam mesti sepakat pertahankan kalimah ALLAH kerana ia perkara dasar dalam Islam, jadi yang bukan Islam rasanya tidak perlu berlebihan bercakap isu ini.

“Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk bertindak atau memberi nasihat kepada beliau supaya lebih menghormati keputusan mahkamah berkenaan perkara ini,” kata beliau.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Apa yang jelas ialah bukan saja orang bukan Islam yang nak rosakkan Islam malah terdapat orang Islam itu sendiri yang membantu orang bukan Islam untuk rosakkan Islam demi kepentingan peribadi. Dari mana orang bukan Islam tahu tentang ayat2 ini, kalau bukan orang Islam sendiri yang beritahu? Beribu2 ayat yang terdapat dalam AlQuran adalah sesuatu yang mustahil orang bukan Islam dengan mudah jumpa ayat ini. Orang Islam macam ini lebih terkutuk dari orang bukan Islam.

    BalasPadam
  2. Semakin tinggi ilmu ugama seseorang Islam, semakin takut orang ini pada ALLAh kerana itu kita dapati golongan yang berkeras tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh mereka yang mempercayai konsep Triniti atau 3 Tuhan dalam satu. Mereka takut akan berhadapan dengan ALLAH diakhirat nanti dan akan dihukum sekiranya mereka membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh golongan Triniti ini.

    Sebaliknya mereka yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh golongan Triniti adalah mereka yang kurang ilmu ugama dan kerana itu mereka tidak ada perasaan takut pada ALLAH. FULL STOP!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping