Ini semua taktik nak merayu undi. Ini semua kerana akibat terdesak. Kalau tak terdesak, Si Din Pudu ni tak keluar ayat cliche' macam ni.
Mungkin dia tau yang dia dah tak de peluang dan ruang lagi dalam parti dia sendiri. Dia tau penghujung kepada perjuangan dia dah hampir ke penamat.
Maka sebab itulah dia keluarkan ayat sedemikian. Mana la tau kot - kot dia boleh meraih simpati dari kalangan perwakilan. Itu je yang dia nak buat sebenarnya.
Hakikatnya, orang macam Si Din Pudu ni memang tak layak lansung nak jadi pemimpin. Tambahan pulak pemimpin parti yang KONONnya memperjuangkan Islam.
Sebab atas diri dia sendiri pun tak de asas perjuangan Islam. Dia sendiri pun mengamalkan Politik Liberal. Jadi, nak jadi pemimpin Islam menda kejadahnya kalau macam tu?
Kot kalau dia rasa diri dia dah tak layak nak jadi pemimpin dan bukan lagi 'favorite' dikalangan perwakilan, tak payah la sibuk - sibuk nak bertanding!!! Bawak - bawak la sedar diri tu sikit. Jangan la buat muka tak malu pulak!!!
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sedia melepaskan jawatan disandang sejak empat tahun lalu pada pemilihan parti bulan depan sekiranya jumlah pencalonan diterima tidak memberangsangkan.Bagaimanapun, menurut bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu beliau belum membuat sebarang keputusan sehingga dimaklumkan jumlah pencalonan oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS minggu depan.Kerusi naib presiden yang menawarkan tiga tempat turut diisi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa pada pemilihan 2011."Saya sedang meneliti dengan serius pencalonan yang saya dapat dan mungkin tidak lama lagi kami akan diberikan maklumat tentang jumlah pencalonan yang kami dapat."Jadi biarlah saya mengumpul dulu maklumat pencalonan itu," kata Salahuddin yang memperoleh undi tertinggi dua tahun lalu dalam pertandingan enam penjuru.Kedudukan Salahuddin dalam hirarki tertinggi PAS 'goyah' selepas gagal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), memperlihatkan beliau sukar mempertahankan jawatan tersebut sejak 2009.Selain jawatan timbalan presiden, kerusi naib presiden parti berteraskan Islam dijangka sengit pada pemilihan kali ini dengan kemungkinan beberapa muka baru akan masuk ke gelanggang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.