Hah! Tadi Pak Berahim kemaruk sangat nak buat demo kan? Dan tadi jugak SH dah cabar dia supaya dia berdemo dulu depan Pejabat Menteri Besar Selangor tu.
Jadi, lepas ni Pak Berahim boleh la buat demo depan pejabat Khalipah kesayangan Pak Berahim kat Pulau Pinang pulak sebab berlaku ketirisan dalam Rejim DAPigs tu.
Tambah buruk ialah apabila ketirisan Rejim DAPigs pimpinan Si Guan Eng tu terang - terang menganiaya mereka yang berada dalam golongan rakyat miskin.
Jangan la Pak Berahim buat tak tau pulak ye. Kot kalau nak bercakap pakai Kepala Lutut, baik suruh dia berenti je jadi pemimpin. Duduk rumah bela ayam itik pun ada jugak faedah dari buat kerja yang bukan - bukan!!!
Kerajaan negeri gagal menaikkan kadar minimum RM100 kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun sudah diluluskan dalam mesyuarat exco pada 2010.Pengerusi Kelab Warisan Malaysia cawangan Pulau Pinang, Ahmad Lutfi Ibrahim berkata, 1,762 penerima layak mendapat bantuan itu tetapi 1,054 orang belum mendapatnya.Beliau berkata, mereka kini masih menerima bantuan antara RM70 hingga RM90 sebulan menyebabkan peruntukan RM291,130 tidak dapat diagihkan dari 2010 hingga Julai 2012."Kenapa kerajaan negeri masih menggunakan kadar lama. Walaupun kenaikan hanya RM30 tetapi ia begitu besar kepada orang miskin dan boleh digunakan membeli 10 kilogram beras," katanya ketika dihubungi media.Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit yang menegur kerajaan Pulau Pinang kerana gagal menaikkan kadar bantuan sejak tiga tahun lalu walaupun diluluskan exco.Selain itu, menurutnya, sehingga kini seramai 2,866 penduduk miskin tegar masih menerima bantuan dari kerajaan negeri dengan peruntukan RM12.23 juta dalam tempoh berkenaan."Jadi bagaimana kerajaan negeri boleh mendakwa Pulau Pinang sudah mencapai sifar miskin tegar sedangkan masih ramai penduduk yang berada dalam kategori itu."Mereka belum berdikari dan masih bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menjalani kehidupan seharian," katanya.Ahmad Lutfi turut membangkitkan mengenai kegagalan kerajaan negeri membina rumah kos rendah yang mencukupi di Bandar Batu Kawan seperti digariskan dalam pelan induk pembangunan Batu Kawan yang menyasarkan pembinaan 30,250 unit pelbagai jenis rumah."Bilangan rumah kos tinggi lebih banyak berbanding rumah kos rendah dan sederhana rendah di Batu Kawan sekarang ini."Kerajaan negeri perlu membela nasib penduduk berpendapatan rendah yang memerlukan rumah dan bukan terus menggalakkan pembinan rumah mewah yang hanya dinikmati segelintir orang kaya," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan dalam laporan itu agar rakyat memahami keadaan sebenar."Sepatutnya kerajaan negeri mengamalkan CAT (cekap, akauntabiliti dan telus) dalam pentadbiran dan bukan menyembunyikan pelbagai maklumat daripada pengetahuan orang ramai," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.