Rabu, Oktober 09, 2013


Bila dah mula berbalahan sesama sendiri, maka ianya membuktikan bahawa perpecahan mula berlaku dari dalam. Masing - masing dah mula GILA KUASA!!!

Punya la diorang ni GILA KUASA sampai sanggup menjatuhkan orang lain dengan cara yang paling keji iaitu membuat dakwaan serta tuduhan yang bukan - bukan.

Tak cukup dengan itu. Ada jugak yang sanggup bertindak diluar batasan dan mencantas pemimpin sedia ada sehingga menyebabkan pemilihan tidak sah.

Dulu, hanya mereka yang rapat dengan kepimpinan Pusat je yang tau masalah dalaman ni. Sekarang, semua ahli boleh nampak 'belang' masing - masing.

Jadi, memang tak salah la kata seorang blogger PAS ni. Kalau ditakdirkan Pakatan Haramjadah tu menang PRU 13, maka makin rancak la perebutan kuasa yang berlaku. Mungkin sebab itu Allah S.W.T takdirkan mereka GAGAL ke Putrajaya!!!
Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan.

Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya. 

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan. 

Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya. 

Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu, Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir. 

"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana. 

"Sementara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya. 

Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping