Ahad, Oktober 13, 2013


Pergh!!! Dah menang pun masih ada orang yang tak puas hati lagi ke? Ada jugak yang masih berani mempertikaikan apa yang telah berlaku?

Kita ingatkan, bila dia dah menang semua orang akan lebih menghormati dia. Ingat semua orang akan terus akur dengan kepimpinan dia. Tapi rupanya...

Itulah bahananya bila bercakap je pandai tapi buat kerja tak reti. Penyudahnya, pasti ada orang dikalangan ahli bawahan yang tak puas hati.

Biar pun dia sekarang ni bergelar Ahli Parlimen, tapi itu tidak mempu membuatkan semua orang hormat pada dia. Makin ramai yang menentang ada la!!!
Exco Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat telah diumumkan sebagai calon Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan mencabar kedudukan Nasaruddin Hasan di muktamar dewan berkenaan bulan depan. Pengumuman itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Batu Pahat hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada saya menyebut; "Kami daripada pemuda PAS kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan Pas yang akan berlangusng bulan November ini."

Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco PAS akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS.

Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu.

"Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoh-tokoh pemimpin pemuda PAS yang lain. 
Kami berpandangan Suhaizan juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda PAS Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik.

Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai Ketua Pemuda akan dicabar. 
Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai Timbalan Ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas-desus Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dikatakan akan mencabar Abduh.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping