Kita lupakan la keputusan pemilihan UMNO peringkat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri semalam. Keputusan dah dicapai. Tak perlu kita nak cerita banyak.
Bagi yang dah menang, kita ucapkan tahniah. Bagi yang ketinggalan, diharap semua dapat berusaha memartabatkan UMNO dengan cara masing - masing.
Apa yang penting, martabat Agama dan Bangsa tu didahulukan. Jangan pentingkan diri sendiri. Maka, terima la keputusan semalam seadanya.
Ada satu lagi keputusan yang jauh lebih penting dan perlu diutamakan oleh seluruh umat Islam di Malaysia ni bakal ditentukan esok.
Hari ini, fokus kita harus ditujukan kepada isu paling utama yang mampu menggugat kesucian Islam. Isu penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam.
Keputusan mengenai pengunaan tersebut akan diputuskan oleh mahkamah rayuan esok. Keputusan itu jauh lebih penting dari keputusan pemilihan UMNO.
Sejujurnya, seluruh umat Islam di Malaysia ni harus bersyukur kerana tampuk pemerintahan Negara masih dipegang oleh orang Islam.
Maka disebabkan itu, keputusan berkaitan isu kalimah Allah ini masih lagi menjadi polemik dikalangan masyarakat Malaysia sehingga ada yang sanggup menentangnya.
Yang lebih malang apabila penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam ini disokong oleh mereka yang mendabik dada kata mereka memperjuangkan Islam.
Itu yang menyedihkan kita. Andaikata Malaysia diperintah oleh puak - puak sebegini, maka tidak mustahil agama Islam itu sendiri sanggup dijual demi kepentingan peribadi.
Nak pulak dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Kalau diorang yang memerintah, jangan harap la mahkamah rayuan akan terima rayuan umat Islam.
Dah tentu - tentu keputusan berkaitan dengan isu tersebut akan ditolak. Masa tu sudah tentu akidah umat Islam di Malaysia ni akan turut tergugat.
Jangan kerana tamak Kuasa Duniawi, agama sendiri pun sanggup kita gadaikan. Fikirkan mengenai akidah anak - anak kita dimasa akan datang.
Oleh yang demikian, SH menyeru seluruh umat Islam yang ada didalam Malaysia, tak kira sama ada mereka dari kalangan orang UMNO, PAS, PKR mahu pun DAPigs membantah sekeras - kerasnya penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.