Alamak ai!!! Apa cerita pulak ni? Apa pasal pulak isteri Si Apex ni nak tayang body dia kat dalam internet? Dah buang tebiat ke apa?
Opp! Jangan salah faham brader. Isteri Apex ni sebenarnya nak bagitau pada seluruh rakyat Malaysia yang dia sedang mengandung. Tahniah diucapkan kepada Apex. Semoga dipermudahkan segalanya kelak!!!
Keserian ibu mengandung makin terpancar pada wajah isteri kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.Leuniey dilaporkan bakal bersalin pada awal Februari tahun depan.Melalui laman Instagramnya, Leuniey menunjukkan beberapa gambar baby bumpnya untuk tatapan pengikutnya di laman tersebut.Selain itu, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang atlit, namun Khairul Fahmi atau Apex dilihat sentiasa meluangkan masa menemani isterinya menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.Malah, Apex juga memilih khidmat doktor wanita untuk merawat isteri tercintanya itu.Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember lalu di kediaman Leuniey yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
harap keeper baru akan lahir...hehe
BalasPadam