Ini satu perkara yang SH tak faham. Dalam Politik ni semua benda kena nampak sempurna sedangkan kita semua macam manusia biasa. Tak de banyak bezanya.
Masing - masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Dan tak de sesiapa pun yang dapat lari dari melakukan kesilapan. Itu dah lumrah jadi manusia beb.
Apa yang membezakan kita ialah bagaimana kita memanipulasikan kelebihan dan menyembunyikan kelemahan kita dari orang ramai. Ianya perlukan kemahiran.
Itu fitrah. Tapi, dalam Politik, kesilapan itu dianggap satu dosa besar walaupun kesilapan tu hanya satu kesilapan kecil. Lagi kecik, lagi orang akan ingat.
Nak pulak dalam tempoh masa bertanding ni. Lagi banyak la kesilapan dan kelemahan yang orang akan korek. Macam - macam cerita yang akan keluar.
Waima kalau kita dulu pernah berselisih bahu dengan mamat ni, kita tak sempat tegur sebab ada sesuatu yang kita perlu uruskan segera. Masa pemilihan, siap. Terus hilang undi.
Itu memang perangai biasa bagi orang Politik. Tak kira la dalam mana parti sekali pun. Baik dalam Barisan mahu pun dalam Pakatan. Sama je semuanya.
Cuma yang SH herannya, kenapa sifat ni boleh menular dalam UMNO? Sifat yang selama ini menjadi senjata kepada Pembangkang boleh diamalkan secara terang -terangan.
SH bukannya nak salahkan orang UMNO, tetapi itulah realitinya. Perkara ni bukan hanya berlaku diperingkat atasan, tapi turut merebak ke peringkat bawahan.
Sesama ahli cawangan pun ada jugak yang bersifat sedemikian. Adakah ianya juga menjadi salah satu kemestian dalam Politik menyalahkan orang itu dan ini?
Kalau tengok dalam UMNO, memang cukup hebat. Nak pulak kalau kita menyalahkan antara satu sama lain. Hak tu memang kita juara. Tapi dengan pembangkang?
Pelikkan? Walaupun orang tu dah banyak bagi sumbangan kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Negara tanpa mengenal erti penat lelah, ianya tak memadai.
Apa yang orang pandang ialah kesilapan yang dilakukan baru - baru ini. Sumbangan yang dah dibuat sebelum ini, lenyap begitu sahaja macam orang tu baru hidup semalam.
Jadi, kita sama - sama fikirkan la. Adakah kita masih nak teruskan dengan sifat buruk yang selama ini ada dalam kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu atau kita nak berubah? Kalau selamanya kita nak berdendam sesama sendiri, jahanam la jawabnya!!!
Tuan Semut, awak kempen utk kekalkan hisham. lupakan kesilapannya dan ingat jasanya? awak tau tak umno dan ahli berhak mendapat pemimpin yg lebih berkesan dan berbakat drpd hisham? sekadar memanaskan kerusi dan menumpang parti budak hingusan pun boleh. kenapa di semua kementerian yg dipimpinnya kumpulan sasaran beranggapan hisham gagal sebagai menteri? ingat masa dia jadi menteri di kbs? samapai ada ususl oleh aktivis belia supaya mereka diletakkan di bawah menteri lain atau menteri ditukarkan. di kementerian pendidikan, ramai guru menukar saluran apabila hisham keluar tv pasal tak paham apa di cakap. masa di kdn,dkm insiden lahad datu ramai pegawai dan anggota polis menyalahkan kekurangan hihsma sebagai menteri terutama apabila dua anggota vat 69 maut di tembak penceroboh sulu. petanda jelas kecelaruan pemikiran hisham, awak lupa kenyataannya bahawa penceroboh sulu bukan pengganas tetapi mereka menziarah saudara mara di lahad datu. apologis mcm tuan la yg akan menyekat transformasi minda dan melaluinya transformasi sosial org melayu!
BalasPadamUmno dulu tak sama dengan sekarang .....zaman berubah pemiikiran juga berubah ....kalau dulu pemimpin berjalan kaki bersalam tengok muka bertanya kabar ...tapi sekarang bersalam sekadar hulur tangan saja mata tah kemana.....nampak sangat tak iklas.
BalasPadamAda pemimpin tu sudah berpuloh tahun dalam kerajaan .....bermacam macam kementerian dipegang tapi masih bangang dan penakut .Orang sekarang tak sama macam orang dulu ....orang dulu kalau tak setuju hantar polong ,santau dan hantu raya kacau ...Tapi orang sekarang merika terus cakap macam lancau ,bapok,dan macam macam lagi ....dan kalau dah tahap benci dan meluat sangat kat pemimpin tu baling tahi ataupun selipar .
dunia bergerak cepat pemimpin juga kena bertindak cepat dan tegas bukan macam dulu dulu menarik rambut dalam tepung .......Sekarang ni ada teknologi morden boleh asingkan rambut dan tepung atau kaca dengan cepat .Atau buang saja ......so lain kali jangan campurkan tepung dengan rambut .
Harap org UMNO tak pilih Mr Amaran sorang ni.
BalasPadamMr sebab dia suka BI, sy bukan faham sangat BI tu.
Kalah hari ini tak bermakna kalah hari esok.apakah pemilihan kali ini adalah yg terakhir?kata dah biasa jatuh bangun dalam politik.tambahkan usaha supaya terpilih dalam PAU akan datang.
BalasPadamHisham ni bawa nama besar dlm Umno. Dia juga mewakili masa depan Umno Johor. Walaupun ada peranan dia dlm kerajaan dipertikai tetapi dia masih seorang pemimpin politik dan masyarakat yg sgt baik dan disanjungi ahli. Dia, Mukhriz popular kerana kekuatan akar umbi. Secara peribadi saya minat Zahid sebab kecemerlangan beliau dlm kerajaan. Tetapi sbg pemimpin masyarakat atau ahli politik? Ini akan dinilai dari PAU kali ini.
BalasPadamTolak PIE APDAL tuu..
BalasPadamTolak PIE APDAL tuu..
BalasPadam