Khamis, Oktober 03, 2013


Minggu lepas, isu ni hangat diperkatakan dalam laman media termasuk dalam blog. Isu tu sudah pun SH jelaskan dalam beberapa siri sebelum ini.

Bagi siapa yang tak baca, boleh klik kat sini, sini, sini dan sini. Dibawah SH bagi penjelasan terakhir yang dibuat oleh MB Pahang sendiri. Kalau masih ada yang tak faham jugak, payah la jawabnya!!!
KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini menegaskan, sebidang tanah 250 ekar milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di Gambang dekat sini, diluluskan kepada sebuah syarikat untuk projek pembangunan bercampur – perumahan dan perkedaian;

Bukannya kepada syarikat lain, yang telah menguarkan-uarkan dalam laman sesawang miliknya, untuk membangunkan projek yang dikenali sebagai 1Malaysia Spiritual Tourism’ di sana.

Kelulusan itu kepada Waras Mekar Sdn Bhd, telah diberikan sejak tahun lepas, “… 250 acres (of land belonging to PSK) for mixed development (project) and so far, there is nothing (happening) on the ground.

“And it seems that, Waras Mekar (Sdn Bhd) is still trying to get JV (joint venture)  partners to work on the land,” katanya pada persidangan media pasca-Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, tengah hari Rabu, 2 Oktober, di sini.

Dalam pada Waras Mekar mencari dan menentukan rakan kongsinya bagi membangunkan tanah 250 ekar itulah kata Menteri Besar lagi, ia (Waras Mekar) turut mengadakan perundingan awal dengan syarikat – Enchant Acres Sdn Bhd, namun tiada keputusan muktamad diambil.

“Kita telah semak, kemudian kita dapati, Waras Mekar cuba mencari rakan kongsi, salah satu pihak yang telah dirundingi oleh Waras Mekar di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada tahun lepas, ialah syarikat Enchant Acres.

“Tetapi tidak ada persefahaman konkrit antara keduanya. Tidak ada tandatangan ataupun persetujuan yang telah ditandatangani. Tiba-tiba pihak Enchant Acres telah membuat kenyataan mengatakan dia akan membuat projek ‘Spiritual Tourism’ di Gambang.

“Ekoran daripada itu, pihak Waras Mekar telah buat laporan polis,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

“Hanya saya nak beritahu bahawa, projek ini (1Malaysia Spiritual Tourism) tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di negeri Pahang ini,” tegasnya lalu berharap dengan penjelasannya ini dapat menyelesaikan isu berkaitannya.
Categories:

3 ulasan:

  1. Memang wajar Kerajaan Negeri Pahang tidak akan meluluskan "1 Malaysia Spiritual Tourism" di negeri Tok Bahaman itu khususnya di Gambang. Ini kerana Pahang bkn saja di Gambang malah di Kuantan juga bandar-bandar lain dah banyak hantu-hantu berkeliaran... hihih

    BalasPadam
  2. Musim hantu lapak banyak depa baka tongkol colok beso.... zaman moden pun ini kerja lagi buat....ada terok lagi puja itu busut anai-anai...!!!

    BalasPadam
  3. Apa2 pun nafi dulu...mcm isu kpop HBN laa..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping