Rabu, Oktober 02, 2013


Sebelum kita nak tegur orang, kaji la diri sendiri dulu Mahfuz oi!!! Jangan la kita setakat pandai bercakap je. Nanti takut malu muka sendiri.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Si Mahfuz Bean ni mengecam kenyataan Mukhriz yang hendak membantu penyokong Barisan Nasional.

Kata Mahfuz, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Naib Presiden UMNO sekiranya Menteri Besar Kedah itu masih mengamalkan budaya Politik tidak matang.
"Kenyataan Mukhriz membuktikan beliau tidak layak untuk menjadi naib presiden kerana masih membawa budaya politik zaman 1960-1970-an.

"Beliau kata hendak bawa perubahan, tapi diri sendiri tidak berubah," bidas Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahfuz melahirkan kesesalannya terhadap pemimpin muda seperti Mukhriz yang masih mengamalkan budaya politik "dendam".

"Sebagai seorang pemimpin muda, tidak wajarlah untuk beliau mengamalkan politik dendam begitu," katanya.
Baik. Sekarang kita tanya Si Mahfuz Bean ni pulak. Adakah dia sendiri layak untuk jadi Naib Presiden PAS? Adakah amalan Politik dia cukup matang?

Mungkin Mahfuz lupa. Ketika Tok Jan masih hidup dan menjadi Menteri Besar Kedah, dia pernah dikecam oleh pemimpin PAS kerana memberi bantuan kepada pemimpin UMNO.

Tapi, pada ketika itu, Si Mahfuz Bean ni hanya angkat tangan dan enggan masuk campur biar pun Allahyarham Tok Jan diserang teruk oleh pemimpin PAS Kedah.

Dengan tindakan sedemikian, adakah itu bukti dia melaksanakan Politik matang sehingga sanggup membiarkan rakan seperjuangan dikritik secara terbuka oleh pemimpin PAS?

Jika benar Mahfuz nak orang lain melupakan Politik Dendam sebagaimana yang dia katakan dalam sidang media sebelum ini, maka orang yang WAJIB diberi nasihat ialah Nik Aziz.

Nik Aziz sejak sekian lamanya mengamalkan Politik Dendam ni terhadap UMNO sehingga dia sanggup menolak Perpaduan Ummah demi kepentingan Politik.

Sehingga hari ini, Nik Aziz berjaya mendoktrinkan pengikut - pengikut PAS agar menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun ianya atas dasar untuk mengukuhkan Islam.

Nah!!! Sekarang Si Mahfuz Bean tu kena soal diri dia sendiri terlebih dahulu. Apa fungsi dia sebagai Naib Presiden PAS dalam menangani Politik Dendam dalam PAS ni? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah mengabihkan masa!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. SH!. anda mesti faham beliau sekarang pangkat tinggi dalam pas negeri,baru kena bos dengan bos mengutuk,kan DUN sekarang ini satu kerusi kosong nak carilah topik yang boleh dibicarakan.Kita tengok sajalah siapa yang bernas dalam ucapanya nanti.tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  2. Aku dengar nama dia pun dah nak termuntah....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping