Rabu, Oktober 02, 2013


Biar pun ada orang tak setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Si Wardina ni, tapi bagi SH memang ada betul jugak apa yang dia katakan dalam laman twitter dia ni.

Cuma Si Wardina tu buat kenyataan 'Terpilih'. Dia tak bagi perincian secara spesifik apa yang dimaksudkan dengan duit cukai yang diselewengkan 'Gomen' tu.

Mungkin 'Gomen' yang dimaksudkan tu termasuk mereka yang sebelum ni memerintah Rejim Negeri dibawah Pakatan seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kalau nak diambik kira perkataan 'Gomen' tu, keempat - empat Rejim Pakatan ni pun Gomen juga. Diorang pun guna jugak duit cukai dari rakyat ni.

Jika sebelum ini, SH dah dedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor dimana Tabung Biasiswa Pendidikan tidak diuruskan dengan betul. (Klik Sini)

Itu pun mengikut laporan AG jugak kan? Bukannya yang direka cipta oleh sesiapa. Jadi, wajar jugak la kita berikan perhatian terhadap perkara tersebut.

Malah, laporan AG yang dinyatakan oleh Si Wardina tu juga turut menyatakan bahawa Rejim PAS Kedah sebelum ini lagi banyak merugikan duit rakyat.

Laporan tersebut menjelaskan bahawa anak syarikat dibawah Rejim PAS Kedah mengalami kerugian selama 3 tahun berturut - turut!!! Itu pun satu penyelewengan jugak, betul tak?
SHAH ALAM: Laporan Audit Negara mendapati PKNK Hotels Sdn Bhd (PHSB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah mencatatkan mencatatkan kerugian bersih tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011 berjumlah RM2.33 juta.
Masing-masing berjumlah RM0.30 juta, RM1.37 juta dan RM0.66 juta.
Kerugian itu disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan tidak seimbang dengan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan sekaligus mencatatkan kerugian terkumpul meningkat kepada RM3.79 juta pada 2011, iaitu peningkatan RM2.03 juta atau 115 peratus berbanding tahun 2009.
Nah! Sekarang, nampak sangat la yang Si Wardina ni hanya melihat pada satu arah. Dia tak melihat laporan Ketua Audit Negara tu secara menyeluruh.

Apa yang dia nampak hanya penyelewengan yang dilakukan oleh orang lain. Yang dibuat oleh puak - puak Pakatan kesayangan dia tu, dia buat - buat tak nampak pulak ke?

Buat pengetahuan Wardina, laporan AG tu secara menyeluruh. Semua pihak terlibat. Jadi, jangan la dia tutup sebelah mata je. Nak komen, komen semua sekali. Jangan main kenyit - kenyit mata pulak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping