Haduhai!!! Ini la masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Pantang dapat bola tanggung, pasti diorang dulu akan buat spekulasi.
Tak de la diorang nak kaji sama ada spekulasi yang diorang buat tu betul atau pun tidak. Yang penting ialah memburukkan Kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.
Yang kita herannya, diorang kata diorang dah ada bukti. Kalau ada bukti, apa kejadahnya diorang sibuk nak suruh SPRM dan LHDN buat siasatan? Serah je la bukti yang diorang ada tu kepada pihak berkenaan dan buat laporan. Itu pun diorang tak reti ke!!!
Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.Seniwati berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz."Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.