Jika sebelum ini, Si Ostazah Pening tu sering mengkritik bekas sahabat pelakon dengan tuduhan dan cacian yang bukan - bukan. Macam - macam benda dia perkatakan.
Kononnya, bagi dia, orang yang bergelar artis ni tak banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Kiranya bagi dia, hanya dia je yang banyak bagi sumbangan.
Tapi, itu dah menjadi kebiasaan bagi orang macam Si Ostazah Pening tu. Nak pulak bila dia menjadi ahli Parti Angguk Saja tu. Biar pun RIAK, tapi semuanya halal belaka.
Buat pengetahuan Si Ostazah Pening tu, tak semua orang perlu menunjuk - nunjuk yang dia ada buat kerja untuk masyarakat. Orang lain tak nak RIAK macam dia.
Tu pasal la kita sendiri pun tak tau betapa besarnya pengorbanan orang lain sehingga kita lihat dengan mata kepala kita sendiri. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!
Maka sebab itulah bagi seorang anak macam Si Johan Ashaari ni, dia boleh faham sejauh mana penglibatan ahli Politik dalam memebri sumbangan kepada masyarakat. Dan dia bercakap melalui pengalaman, bukan setakat goyang kaki macam Si Ostazah Pening tu!!!
Pelakon Johan As'ari tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya iaitu Datuk As'ari Ibrahim yang bergiat aktif dalam dunia politik.Sebaliknya, Johan, 27, berkata, dia lebih memilih bidang seni sebagai laluan untuknya menjadi ikon kepada masyarakat dan negara."Saya bangga dengan pencapaian bapa saya dalam bidang politik di mana saya membesar dengan dunia itu dan nampak bagaimana dia berjuang untuk masyarakat dan bangsa."Namun saya lebih selesa memilih kerjaya dalam bidang seni dan bagi saya melalui industri ini juga kita boleh jadi ikon dalam masyarakat," katanya kepada mStar Online.Jelas Johan, sebagai seorang anak, dia sentiasa menyokong perjuangan bapanya dengan terlibat dengan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Melaka."Saya sentiasa memberi sokongan kepada ayah dan berharap dia berjaya dalam pemilihan tersebut kerana bagi saya dia adalah perjuang bangsa."Sebagai selebriti saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan parti itu di kawasan saya dan baru-baru ini juga syaa ditawarkan untuk menjadi wakil belia negeri Melaka, namun ia masih lagi diperingkat perbincangan," jelasnya.Walau Bagaimanapun, Johan berkata, dia tidak pernah menggunakan tiket bapanya sebagai orang berpengaruh untuk mendapatkan jalan mudah tanpa perlu berusaha."Bapa saya memang berpengaruh tapi sejak kecil saya lebih suka melakukan apa juga dengan sendiri tanpa menggunakan nama bapa."Seperti dalam bidang seni ini juga, saya perlu berkerja keras sendiri untuk berjaya tanpa menggunakan laluan mudah atau atas tiket VIP," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.