Sabtu, Oktober 12, 2013


Ini satu realiti yang perlu diterima. Kritikan ni perlu didengar oleh pucuk pimpinan. Dah banyak kali dah benda ni disebut. Tapi masih jugak berulang.

Seingat SH, sebelum ni dah ada orang yang sebut pasal isu ni. Tapi nampak gayanya tak de orang pun yang peduli. Bercakap dengan tembok ke kita selama hari ini?

Dah banyak kali dah orang kritik, tapi tak de siapa pun yang nak dengar. Cakap dia je yang orang nak pakai, apa kejadahnya!!!

Tak masuk akal lansung peraturan yang dibuat sebelum ini. Lepas diketatkan kemudian nak dilonggarkan pulak. Nampak sangat la ada benda yang tak kena.

Yang SH nak sebutkan disini ialah mengenai senarai perwakilan yang layak hadir ke persidangan. Benda ni orang dah cerita banyak kali.

Dalam senarai cawangan, berbuih dah mulut orang cakap pasal ahli yang dah meninggal dunia. Kenapa nama mereka masih ada dalam senarai?

Diorang tu nak suruh orang merayu undi dari mereka yang dah meninggal dunia ke? Kenapa isu ni sampai ke hari ini masih tak selesai - selesai?

Rasanya, sebelum ini semua cawangan UMNO seluruh Malaysia dah buat pemutihan. Ahli yang meninggal dunia dah disenaraikan oleh pihak cawangan.

Tapi, kenapa tahun ini masih lagi wujud nama mereka dalam senarai? Apa kejadahnya yang diorang nak buat? Itu pun diorang ni tak boleh fikir ke?

Satu lagi ialah mengenai senarai 'Blacklist'. Katanya senarai tu dikeluarkan oleh pihak jabatan Insolvensi Negara. Tapi, yang keluarkan surat UMNO.

Sepatutnya, kalau nak ishtiharkan orang tu muflis atau bankrap, jabatan Insolvensi tu la yang keluarkan surat, bukannya UMNO. Mana bukti kata orang tu muflis?

Setakat berpandukan kepada surat UMNO, macam mana kita nak sahkan orang tu muflis? Lain la kalau surat jabatan Insolvensi tu yang keluar. Baru bukti tu sah.

Yang SH herannya, kenapa keluarkan senarai 'Blacklist' tu masa pemilihan diperingkat Bahagian? Kenapa tak keluarkan awal - awal masa mesyuarat cawangan?

Sepatutnya, UMNO buat tapisan dari peringkat awal. Bukannya dah nak memilih baru nak keluarkan senarai tersebut. Kan menyusahkan orang namanya tu?

Bayangkan. Bila surat muflis tu keluar sewaktu pemilihan peringkat Bahagian, tak pasal - pasal je ada cawangan tak mempunyai Ketua sebab perlu digugurkan.

Yang paling sedihnya, aib Ketua tu sendiri. Malu weih bila diumumkan kata orang tu muflis. Depan perwakilan pulak tu!!! Pun diorang tak boleh nak fikir jugak ke pasal semua tu?

TOLONG LA!!!! Jangan la buat benda - benda yang remeh macam ni jadi susah. Yang sakitnya bukan orang lain, UMNO jugak!!! Kot kalau benda mudah macam tu pun diorang tak faham, payah la weih!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping