Ahad, Oktober 20, 2013


Kalau tidak berani, tidak perlu cakap besar, demikian sindiran yang diberikan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N Surendran untuk menandatangani borang yang melibatkan syarat indemniti.

Menurut beliau, syarat yang terkandung di dalam surat tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menyertai operasi pihak berkuasa termasuk tentera.

Kadir yang juga merupakan bekas wartawan tidak menafikan hakikat bahawa beliau sendiri pernah menandatangani borang tersebut bagi membolehkan untuk menyertai operasi mahupun lawatan yang melibatkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak berani menyabung nyawa, tak perlulah cakap besar.

"Wartawan pun dikenakan syarat yang sama, misalnya sebelum seorang wartawan menaiki pesawat TUDM atau pesawat milik kerajaan mereka perlu dulu menandatangani surat indemniti itu, jadi ini adalah perkara biasa.

"Sepanjang pengalaman saya, masa saya naik kapal terbang tentera dulu memang begitulah," katanya yang dihubungi Antarapos.

Peguam PKR, R Sivarasa menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan Surendran ketika mengikut operasi yang dijalankan polis.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir kesemua syarat yang diletakkan pihak polis namun meminta dua syarat yang melibatkan keselamatan itu dipertimbangkan semula.

Namun, keengganan Surendran dan halangan Sivarasa itu dilihat sebagai satu alasan yang dianggap dangkal oleh mereka yang selama ini mempertikaikan operasi polis demi mempertahankan negara daripada ancaman jenayah.

"Orang bodoh ini dia cakap banyak. Tak perlu bagi alasan banyak-banyak, kalau dia tak mahu tanda tangan tak usah ikutlah. Orang-orang macam ini jangan layan sangat, dia orang ini bangsa yang suka bercakap.

"Kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diuji, itu sahajalah," tegas Kadir sekali lagi sebagai meminta Surendran mengakui kegusarannya itu untuk menyertai operasi polis.

Ps: Ayat paling best, "Orang Bodoh ni cakap banyak... Orang - orang macam ni jangan dilayan!!!" Mantap beb. Memang patut pun orang macam Pakwe Si Tipah Koyak tu dibiarkan terus dengan keBODOHannya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Biasa lah. Orang suka cakap banyak ni, sememangnya penakut. Polis dah lama buat kerja dia, lu duduk diam2 sudah lah.

    BalasPadam
  2. Malaun mcm surendren ni hanya tahu keselamatan dia saja yg dia fikir pasal org lain tolak tepi. Cakap sikit punya pandai tapi penakut ya amat. Telo dah masuk ke dalam agaknye.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping