Ahad, Oktober 20, 2013


Menjelang tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dikatakan mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Tidak syak lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS yang enggan namanya disiarkan.

Semua pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi.

"Kita akan mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Menurut Asmuni, seorang peguam, semua kertas pencalonan perlu sampai ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut menjelang jam 12 malam ini secara pos atau melalui serahan tangan.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan akan merpertahankan jawatan itu.

Tuan Ibrahim pula dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berkata, beliau akan melihat jumlah pencalonannya dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan.

Sehingga kini, empat nama yang disebut mendapat pencalonan utama dari kawasan-kawasan untuk jawatan ini. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu, turut mendapat pencalonan adalah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Sejak dua pemilihan lalu, mana-mana kumpulan yang mempunyai dua calon akan kalah. Pada pemilihan tahun 2009, Husam Musa dan Mohamad Sabu (yang bukan ulama) kalah di tangan Nasharudin Mat Isa.

Dalam pemilihan 2011 pula, Tuan Ibrahim dan Nasharudin (kedua-duanya dikira kumpulan ulama) pula kalah di tangan Mohamad Sabu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping