Hadi Awang ketandusan idea... Terpaksa suruh orang meninggal berkempen untuk PAS!!! |
Kesian beb. Memang satu perkara yang cukup memalukan bagi puak - puak Parti Angguk Saja ni. Nampak sangat diorang ni tak de kredibiliti sendiri.
Apa yang jelas, PAS tidak mampu nak memancing undi dari kalangan ahli - ahli parti sendiri. Tapi mereka terpaksa bergantung kepada 'Roh' Allahyarham Tan Sri Azizan.
Tu membayangkan betapa terdesaknya PAS untuk memancing undi dikalangan rakyat yang ada di Sungai Limau. Diorang tau yang diorang tak mampu nak tawarkan apa - apa.
Jadi, nak tak nak terpaksa jugak la diorang menjual nama Allahyarham Tan Sri untuk meraih undi dan simpati. Tu pun bukan untuk kepentingan rakyat. Tapi hanya untuk kepentingan peribadi semata - mata!!!
PAS yakin pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mampu memberi kelebihan kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kecil DUN tersebut 4 November depan.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan calon yang juga bekas 'anak didik politik' kepada Azizan merupakan bonus kepada mereka selain faktor calon itu sendiri yang dikatakan rapat dengan pengundi muda."Beliau sangat berpengaruh di kalangan pengundi-pengundi muda. Ini sangat membantu kerana kita tahu ramai pengundi muda akan mengundi pada pilihan raya ini."Selain itu memandangkan beliau bertugas dengan Tan Sri Azizan, maka kita yakin pimpinan akar umbi akan terus bersama beliau.... jadi kita bertolak dan bersandar dengan kekuatan itu," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi di sini, Rabu.PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Azam Samat dan wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.Mengulas lanjut Abdul Hadi merayu agar pengundi di DUN Sungai Limau terus memberi kepercayaan kepada PAS untuk mewakili mereka di DUN Kedah."Kita percaya mereka yang memberi undi kepada Azizan pada PRU-13 akan mengundi kita lagi... harapannya begitu," katanya.
Ps: Bak kata sahabat SH. Punya la terdesaknya PAS ni sampai sanggup suruh orang dah meninggal dunia berkempen untuk diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.