Khalid Ibrahim terus menghadapi tekanan akibat sikap kedekutnya membelanjakan rizab simpanan negeri apabila wakil rakyat DAP dan PAS menyertai PKR menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor itu.
Memorandum dari Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) bertarikh 7 Oktober itu ditandatangani wakil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.
Memorandum itu ditandatangani oleh Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dari PAS; Adun Bukit Antarabangsa dari PKR, Mohd Azmin Ali dan Adun Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San.
Tuntutan dalam memorandum itu dikemukakan susulan taklimat mengenai Laporan Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2014 oleh Pegawai Kewangan Negeri pada 3 Oktober lalu yang menimbulkan kejutan di kalangan wakil rakyat berkenaan.
Dalam taklimat itu, ADUN berkenaan antara lainnya diberitahu bahawa kerajaan negeri akan mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta. Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM600 juta.
"BBC sepakat menolak cadangan untuk mengurangkan Belanja Pembangunan sebanyak RM100 juta berikutan kegagalan beberapa agensi kerajaan berbelanja sehingga suku ketiga 2013. Kegagalan agensi kerajaan untuk mencapai matlamat prestasi belanjawan hendaklah diteliti segera.
"Namun kerajaan negeri tidak boleh menjadikan ianya sebagai alasan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan kerana tindakan ini hanya akan membebankan rakyat," memorandum itu dipetik oleh Malaysiakini.
Dalam memorandum itu juga, BBC menegaskan peruntukan kepada agensi kerajaan wajar diberikan untuk digunakan dengan cekap dan berkesan bagi setiap program pembangunan demi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam belanjawan.
Sehubungan itu, kelab berkenaan menggesa kerajaan negeri supaya menambah belanja pembangunan dari RM600 juta kepada RM800 juta sebagai langkah menjana ekonomi negeri, sekaligus meransang pertumbuhan ekonomi yang lestari dan utuh.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.