Khamis, Oktober 31, 2013


Heboh orang hari ni bercerita mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Si Azmin Aiskrim tu berkaitan dengan GST yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini.

Diorang sibuk mempertikaikan kenapa Azmin boleh buat kenyataan sedemikian sedangkan sebelum ini diorang sibuk dok canang cerita buruk pasal GST.

Dalam ceramah - ceramah PAS dibeberapa kawasan dalam DUN Sungai Limau ni pun mereka masih lagi bercerita kononnya GST ni membebankan rakyat.

Habis orang kampung sekitar Sungai Limau dihasut dengan dongeng kononnya rakyat akan dibebankan dengan cukai tambahan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Kononnya, kata diorang, GST ni akan meningkatkan harga barang dipasaran dan rakyat dipaksa untuk membayar cukai GST tu.

Tiba - tiba, Si Azmin Aiskrim tu pulak buat kenyataan menyatakan bahawa GST ni bagus untuk perkembangan ekonomi dan Pakatan tak menolak GST.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Rabu menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.
Pulak dah!!! Dah habis pusing balik semuanya. Orang kampung dikawasan Sungai Limau ni pun dok sibuk bercerita dikedai kopi membahaskan mengenai perkara tersebut.

Diorang pun bising kata penceramah sebelum ni semuanya tak faham apa - apa mengenai GST. Setakat pandai buat cerita ikut pemahaman diorang je.

Maka, mungkin sebab itu Si Azmin Aiskrim ni dijadualkan akan turun malam ni di Sungai Limau bagi menjelaskan perkara tersebut. Kononnya nak membantu jentera PAS la. Dia tak sedar, kenyataan dia semalam dah membuatkan orang PAS sendiri pening kepala!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping