Isnin, Oktober 28, 2013


Ini la tahap mentaliti pemimpin - pemimpin yang disayangi oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu sebenarnya. Siapa kenal, memang tau sangat perangai Si Mahfuz Bean ni.

Dia ni memang jenis manusia yang suka cakap tapi tak serupa bikin. Dia bercakap pun jarang guna Kepala Otak. Tapi dia banyak guna kepala lutut.

Malam semalam, sewaktu dia mengadakan ceramah di Permatang Buluh, Si Mahfuz Bean tu tanpa segan silu memperlekehkan pemikiran orang tempatan.

Dia memulakan ceramah dia dengan bercerita pasal isu kenaikan harga gula. Kata dia, sepatutnya harga gula tu tak naik sebab ianya tak diumumkan oleh PM.

Kata Mahfuz, "Apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri bukannya mengenai kenaikan harga gula, tetapi pemotongan subsidi gula. Itu ja.

"Jelas, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tu hanya satu helah dalam permainan kata - kata. Dia sengaja nak mengelirukan rakyat," kata Si Mahfuz Bean tu.

Hakikatnya, dia yang cuba memutar-belitkan kenyataan dan bermain dengan kata - kata dengan niat untuk mengelirukan rakyat setempat.

Tindakan Si Mahfuz Bean tu sebenarnya hanya satu helah untuk memperlekehkan pemikiran orang dikawasan Sungai Limau yang sememangnya sudah terbuka.

Diorang pun tau, kalau subsidi dipotong maka secara automatik harga gula juga akan naik. Takkan pulak subsidi dipotong, harga gula tu akan turun pulak ye tak.

Kan nampak sangat Si Mahfuz Bean ni saja je nak memperbodohkan orang kampung dikawasan Permatang Buluh tu. Macam dah tak de cara lain dah gamaknya.

Sampai tahap Si Mahfuz Bean tu suruh orang dikawasan tu buat laporan Polis berkaitan dengan isu kenaikkan harga gula hanya berdasarkan alasan yang tak masuk akal.
"Tuan - tuan esok boleh pi buat report Polis. Habaq kat depa ada kedai naikkan harga Teh Ais sebab harga gula naik. Nanti Polis tu akan kata, 'Ha! ya la. Memang harga gula naik'.

"Tuan - tuan tanya balik, 'Bila depa penaik harga gula?' Dan Polis tu akan jawab, 'Tu hari PM dah umum dalam bajet'. Tuan - tuan boleh jawab, 'PM kata potong subsidi. Bukan penaik harga gula'. Mau pening kepala Polis tu." sambil disambut hilai tawa penduduk setempat.
Inilah cara bagaimana pemimpin PAS macam Si Mahfuz Bean tu memperbodohkan orang kampung. Hanya dengan cara dia pusing ayat je, dah boleh buat orang pening kepala. Penyudahnya, pakat gelak je la dengan lawak bodoh Si Mahfuz Bean tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping