Jentera PAS Dok Kira Untung Diorang Je!! |
Itu pandangan dari sesetengah pihak yang berdiri diatas pagar apabila mereka bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ni.
Diorang sendiri beranggapan bahawa Pilihan Raya Kecil itu kini sudah bertukar menjadi medan Pemilihan PAS yang didominasikan oleh Mahfuz Bean tu.
Rata - rata, hanya kenyataan dari Si Mahfuz tu sahaja yang keluar. Tak de lansung kenyataan yang datang dari calon tu sendiri.
Maka, sebab itu mereka yang berada diatas pagar ni melihat Pilihan Raya Kecil ini menjadi pentas utama untuk Si Mahfuz tu melonjakkan nama dia dalam pemilihan akan datang.
"Maklum la. Pemilihan PAS akan diadakan bulan depan. Tak lama sangat dah rasanya. Bila lagi Si Mahfuz Bean tu nak naikkan nama dia," jelas salah seorang sahabat yang ditemui.
Kata mereka, mungkin PAS sudah belajar dari kesilapan mereka yang lalu dimana calon yang dipertandingkan sering kali tersalah cakap apabila berhadapan dengan media.
Jadi, kesempatan itu digunakan oleh Si Mahfuz ni untuk mempromosikan diri dia secara tidak lansung. Takut calon tu tersalah cakap lagi la kot.
Perkara itu mengurangkan kredibiliti calon PAS di Sungai Limau itu sendiri. Kenapa dia tidak diberikan ruang yang luas untuk bercakap mengenai hala tuju dia sendiri?
Kenapa setiap kali sidang media diadakan, calon tu tak menjawab soalan yang dibangkitkan dan hanya diwakili oleh Si Mahfuz Bean tu? Itu soalan yang diajukan oleh sahabat SH.
Jika kita lihat dari segi penyampaian calon PAS itu sendiri ketika berucap dan memperkenalkan diri, nampak sangat dia masih kekok untuk berbicara.
Kalau orang macam tu dipilih menjadi wakil rakyat, bagaimana mungkin dia dapat bersuara dalam sidang Dewan Undangan Negeri nanti? Macam mana dia nak tegur orang lain?
Hakikatnya, keadaan ini telah membuatkan segelintir penyokong - penyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Razak terasa seperti diri mereka terpinggir.
"Semakin hari, semakin kurang orang bercerita tentang Allahyarham. Banyak yang bercerita pasal kenyataan media yang dikeluarkan oleh Mahfuz.
Kami yang selama ini menjadi tulang belakang PAS di Sungai Limau juga turut terasa dipinggirkan biarpun sebelum ini kami menjadi penyokong kuat Allahyarham," jelas mereka.
Nak pulak yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil kali ini merupakan anak buah serta saudara rapat kepada Phahrolrazi. Lagi la ianya membuatkan diorang menyampah.
Kesimpulannya, PRK di DUN Sungai Limau ni memang menjadi gelanggang untuk Si Mahfuz tu menjual diri dia. Akhirnya, dia jugak yang dapat untung. Bukannya dia nak membantu calon PAS tu sangat. Tapi dia ada udang disebalik batu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.