Siapa sangka, apa yang didedahkan lewat petang tadi rupanya benar - benar berlaku. Memang sah Rejim PAS Kelantan dah bagi tanah kepada orang yang tak sepatutnya.
Dan, yang mengesahkan perkara tersebut tak lain dan tak bukan ialah Si Husam Kambing tu sendiri. Dia mengakuinya dalam satu kenyataan yang didedahkan oleh MSO.
Tak kira la sama ada tanah yang diberikan itu seluas mana sekali pun. Apa yang pasti, Rejim PAS Kelantan sah mengambil tanah yang telah digazetkan sebagai Hutan Simpan.
Persoalannya, untuk apa? Siapa yang memiliki tanah tersebut sekarang? Mengapa Rejim PAS Kelantan boleh meluluskan tanah tersebut kepada syarikat yang bernilai 2 ringgit?
Apa keuntungannya kepada rakyat? Dan berapa banyak faedah yang diperolehi oleh Rejim PAS sendiri? Itu persoalan yang bermain diminda rakyat pada ketika ini.
Yang nyata, Rejim PAS Kelantan telah menyeleweng dalam pemberian tanah tersebut kerana butiran mengenai syarikat terbabit masih kabur. Itu baru dapat tadbir Negeri beb. Kalau dapat tadbir Negara, Negara ni pun boleh diorang jual!!!
Adun Salor, Husam Musa baru sekejap tadi menyebut perihal hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Set Machang yang diluluskan kepada seseorang di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika beliau membahas belanjawan Kelantan 2014.Beliau menyebut kelulusan hutan simpan itu berdasarkan kepada surat permohonan kepada Menteri Besar bertarikh 6 Ogos 2013. Surat permohonan itu di atas dua keping kertas sahaja dan ia diluluskan kepada seorang pemohon.Beliau menyesali atas apa yang berlaku dimana tidak sepatutnya ia diberi begitu sahaja kerana dalam mesyuarat MKK sebelum ini semua tanah hendaklah ditander.Bagaimana pun jumlah yang disebut Husam Musa tanah itu seluas 3,500 ekar bukan seperti mana yang saya difahamkan seluas 35,000 ekar seperti mana dicatat sebelum ini.Menurutnya juga Pejabat Perhutan Negeri telah diarah menyiapkan penandaan kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat pastinya untuk tujuan penebangan balak.Jadi jelas maklumat yang saya terima adalah benar cuba tersilap mengenai jumlah ekarnya sahaja. Atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu dipohon kemaafan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.