Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.
Sehubungan itu beliau yang kini berada di Mekah meminta semua umat Islam mempertahankan kalimah suci itu daripada dirosakkan oleh kumpulan tertentu dan dalam masa sama, menjadikannya asas kukuh di dalam kehidupan.
Beliau berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian.
''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya ketika dihubungi.
Haron mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu yang tidak membenarkan mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.
Dalam perkembangan sama, Haron meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan.
''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.