Jumaat, Oktober 04, 2013


Macam ni diorang kata diorang mampu bersepakat untuk memajukan Negara? Baru cerita pasal tarikh Pilihan Raya Kecil pun diorang boleh berbalah sesama sendiri.

Semalam, pihak SPR dah umumkan tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau. Penamaan calon pada 23 Oktober dan pembuangan undi pada 4 November.

Respon paling awal telah diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Pak Berahim yang menyifatkan tarikh tersebut sebagai 'Paling Sesuai'.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.

Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.

"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan.

"Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Nah! Bila Pak Berahim kata macam tu, kita ingatkan PAS pun mempunyai pendirian yang sama. Tapi, rupanya ada jugak yang tak puas hati.

Ada jugak yang nak tuduh kononnya SPR ni tak peka dengan keperluan pengundi luar yang tak dapat pulang untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Ketua Dewan Muslimat PAS dalam kenyataannya hari ini mendakwa kononnya SPR dengan sengaja menafikan hak pengundi luar dengan menetapkan tarikh tersebut.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, dalam menentukan tarikh pembuangan undi seharusnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira pengundi yang bekerja luar dari negeri Kedah. 

Menurut beliau, cara yang dilakukan SPR sangat tidak telus walaupun pilihan raya kecil (PRK) belum dilaksanakan tetapi pembuangan undi pada hari bekerja telah dilakukan pada PRK Kuala Besut. 

"Tindakan SPR itu seolah-olah menafikan hak pengundi yang bekerja untuk balik mengundi," katanya yang dipetik daripada Harakahdaily. 
Hah!!! Kan nampak sangat yang diorang ni tak sepakat. Baru cerita pasal itu pun dah berbeza - beza pendapat. Masing - masing nak ikut kepala sendiri je. 

Kalau benda kecik macam ni pun diorang tak boleh sepakat, macam mana diorang nak memerintah Negara? Mungkin sebab itulah diorang ni masih GAGAL menjejakkan kaki ke Putrajaya. Kalau dapat memerintah, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping